Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyokong larangan mengajar secara bersemuka dikenakan kerajaan terhadap guru yang enggan menerima vaksin. Presidennya, Aminuddin Awang berkata, ia kerana semua pihak perlu yakin dengan tahap keselamatan di sekolah dalam aspek Covid-19.
“Dalam hal ini, sudah pastilah semua guru yang akan hadir bertugas wajib terima vaksin Covid-19. “Kita juga tidak mahu benteng yang dibina bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 di sekolah dirosakkan oleh segelintir guru yang enggan menerima vaksin ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pada masa sama, Aminuddin berkata, pihaknya percaya Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai perancangan khusus kepada golongan guru yang menolak vaksin berkenaan. “Walaupun tidak dibenarkan ke sekolah, mereka tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab kepada murid-murid, sekolah dan apa yang ada dalam skop tugas masing-masing.
“Pada masa yang sama, kita juga amat mengharapkan agar sesi penerangan bagi menepis hujah mengapa guru-guru tidak mahu menerima vaksin ini dipergiatkan,” katanya. Beliau berkata, guru-guru tersebut tidak boleh menggunakan logik akal atau maklumat yang tidak sahih semata-mata dalam menolak vaksin. Sumber: K! ONLINE
|
mclaren replied at 4-9-2021 08:44 PM
Tadi kat thread lagi satu ada seru minta NUTP bela atau jadi orang tengah guru2 yang tak nak vaksin ...
Firenzza replied at 4-9-2021 10:07 PM
Habis la....benteng terakhir @dua_chazy
dua_chzy replied at 4-9-2021 10:15 PM
Akak senyum sinis.
Korang tengok aje la implementasinya gimana.
Carcosa replied at 4-9-2021 09:57 PM
Tak boleh mengajar, tapi gaji jalan tak?
Bahahaaa, kalau jalan, harus semua taknak vaksin
jahcomel replied at 4-9-2021 10:18 PM
Hihihiiiii... Tungguuuuuuuu senin dpn....
mclaren replied at 4-9-2021 10:39 PM
Bukan tak boleh mengajar, still mengajar by PdPR.
dua_chzy replied at 4-9-2021 10:45 PM
Akak pening kepala dari 2 minggu lalu ke bulan ini bertubi2 pertandingan online datang. Sukor akak ...
slyfynx replied at 4-9-2021 11:05 PM
Semua kursus, pertandingan ko akademik tibe2 bersepah2
Sbb oktober nk kee submit ledger.
So kene ...
primarikey replied at 4-9-2021 11:00 PM
Pekeliling khas isu vaksin penjawat awam perlu dikeluarkan'
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menge ...
dua_chzy replied at 4-9-2021 10:45 PM
Akak pening kepala dari 2 minggu lalu ke bulan ini bertubi2 pertandingan online datang. Sukor akak ...
dua_chzy replied at 4-9-2021 11:11 PM
Tu ler ngok namampus iya.
Patutttt leeerrr tetiba pertandingan bersepahhhhh. Nak submittttt ...
dua_chzy replied at 4-9-2021 11:14 PM
Yeap. Tade hitam putih setakat ni.
primarikey replied at 4-9-2021 11:41 PM
Tak sabar nk tggu hitam putih..
Sbb nk tau adakah akta 597 bole lindungi golongan pekerja utk sit ...
ADVERTISEMENT