CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Belajar Baca Al-Quran Selepas Pemergian Siti Sarah

3-9-2021 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3712| Komen: 18

Pada usia 37 tahun Shuib Sepahtu berharap dia masih belum terlambat untuk memperbetul bacaan dan mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan di dunia dan akhirat.

Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, ujian yang menimpa dia sekeluarga dengan pemergian Siti Sarah membuatkan semakin dekat dengan agama.

Foto: IG

"Sebelum ni saya ada baca al-Quran, boleh la walaupun merangkak. Tapi daripada kisah isteri saya ia jadi asbab untuk saya teliti bacaan al-Quran.

"Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri... ambil masa dekat dua jam nak habis.

"Saya rasa macam... ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu... kena merdekakan diri daripada buta al-Quran," katanya.


Shuib berkata demikian pada majlis forum bertajuk 'Kemerdekaan Satu Penghijrahan' anjuran Masjid Puncak Alam yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu malam.



Forum sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 itu turut disertai pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab.

Cerita Shuib lagi, dia tidak malu untuk belajar semula daripada bawah asalkan dapat memperbetulkan kelemahannya itu.

"Saya nak belajar al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra.

"Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran," katanya lagi.



Tambah Shuib buat masa ini dia berguru bersama pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

"Kalau boleh saya nak jadi macam ustaz Tarmizi. Dia guru saya ajar mengaji.

"Ya Allah... sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tau pula menyanyi, mendayu-dayu.

"Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwah isteri, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji tak reti... rasa teruk sangat," katanya.



Dalam pada itu Shuib berkata dia juga akan cuba mendidik anak-anak menjadi generasi yang celik al-Quran.

"Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak.

"Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran.

"Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat," katanya.

Shuib kini bergelar bapa tunggal selepas isterinya Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.



Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dikeluarkan daripada kandungan secara pembedahan pada 6 Ogos lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 3-9-2021 09:41 AM
Edited by Mini.Me at 3-9-2021 10:23 AM

Ye begitu laa hijrah yg sebenar2 nya...mendalami ilmu AlQuran dan akhirat...dan berguru dgn guru yg bertauliah mengikut bidang nya...

Semoga istiqomah
Quote InangPutri 3-9-2021 10:06 AM
Semoga istiqomah
Quote eely_shana 3-9-2021 10:11 AM
Semoga terus memperbaiki diri ke arah yg lebih baik. peringatan utk iols juga.
Quote alesandra 3-9-2021 01:51 PM
sayu je tgk muka budak2 ni.
Quote weirdwaniey 3-9-2021 02:03 PM
Alhamdulillah teruskan belajar.. surah yassin ni walaupun ada org dia xpandai membaca al quran, tapi bila mai yassin, dia lancar je baca sbb dia dh hafal.. yassin kan selalu org lebih kerap membaca berbanding Al Quran..
Quote TeropongThaico 3-9-2021 02:21 PM
Alhamdulillah... Terus istiqomah hendaknya
Quote nolya 3-9-2021 02:40 PM
Alhamdulillah, satu penghijrahan yg sangat2 baik.  Sesungguhnya Allah tidak menzalimi ummatnya.  Allah ambil sesuatu dan menggantikan dgn sesuatu yg lebih besar hikmahnya.  

Tak ada terlambatnya untuk menyusur kembali  ke jalan Allah  dn Allah sudah tunjukkan  jalurnya.  Jgn sesekali malu untuk blj mengaji dn bagi sesiapa saja,  yg selama ini tak pandai mengaji, bermulalah dgn Muqaddam.  Kenailah sebutan huruf2 hijaiyah, fahami tajwidnya  dn paing penting  perbetulkan bacaan al-Fatihahnya  (surah yg meluluskan solat muslimin).  Bacaan2 yg lain boleh pelan2 kayuh,  InsyaAllah,  akan terbantu.  Seperkara lagi, jadikan membaca AQ  budaya dlm rumatangga,  InsyaAllah bahagia terpelihara.
Quote awenda507 3-9-2021 02:41 PM
Alhamdulillah.smga dipermudahkan
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 02:51 PM
moga istiqomah
Quote nazriatie 3-9-2021 03:19 PM
Alhamdulillah bljr dgn guru yg betul2 bertauliah..bukan main petik je mana2 ustaz
Quote pavlovachoc 3-9-2021 07:40 PM
Moga istiqamah..aku pun dh start iqra balik ni ..
Quote LadyCarefree 3-9-2021 08:00 PM
Silap besar samirah ni xpilih Yibbit yg ajar.
Quote KucingBiru 3-9-2021 08:08 PM
Zaman kita ni pelik sebenarnya.

Zaman tok nenek kita dulu, pakai selendang jarang, baju kebaya, kain batik. Obviousla tak tutup dada.

Tapi anak dara almost semua pakat pandai baca Quran.

Zaman kita ni, pakai tudung labuh tutup litup, bising labuhkan ke dada, siap pakai stokin, handsock.. and tak segan silu pakai niqab. Dalaman, sangat sedih. Quran pun tak pandai baca.

Aku pernah jumpa sorang akak ni dok kutuk colleague tak pakai tudung.. etc, tapi bila join tadarus, bacaan surah lazim yg level hujung Quran pun sangat sangat lemah. Lancar lagi budak tak pakai tudung yg dia kutuk tu.
Quote rain2169 7-9-2021 08:56 AM
dulu bukan ada keluar citer ke, dia kata selalu amalkan baca surah waqiah setiap hari...
pandai mengaji la shuib ni.... mungkin nak mendalami agaknya
Quote cap_ayam 7-9-2021 09:15 AM
baguslah buat perkara yang baik.
Quote Suchi 7-9-2021 10:08 AM
Tahukah korang sebenarnya ramai orang tak pandai baca al-quran ni tapi yela takkan semua nak ngaku kan.
Merangkak2 nak baca, ekceli dorang bukan tak penah ngaji masa kecik dulu penah je sampai khatam pun ada.
Dulu2 iols cam terkejut gak tp lama2 tu iols leh terima dah skurang2nya depa ni usaha gak nak belajar balik daripada awal.
Rata2 nya buta huruf tak pandai baca dalam bahasa arab tu so dorang ngaji ikut bahasa rumi tapi sebenarnya tak boleh kan.

Dulu masa iols kecik ada acik ni dia buta huruf gak bukan takat bahasa arab,BM pun dia takle baca.
Tapi dia rajin nak belajar ngaji quran ni, hari2 dia belajar ngaji ngn jiran sebelah umah iols.
Dia ngaji dengan cara menghafal sbb dia mmg tak reti nak baca.
Petang2 dengar la dia ngaji elok bacaannya walaupun dia buta huruf tapi hati terang.

Quote Suchi 7-9-2021 10:12 AM
KucingBiru replied at 3-9-2021 08:08 PM
Zaman kita ni pelik sebenarnya.

Zaman tok nenek kita dulu, pakai selendang jarang, baju kebaya, k ...

Yup mcm mengejutkan tp inilah kenyataannya iols dulu mcm terkejut gak sebenarnya sbb rata2 yg takleh ngaji tu bukan budak liar ke, nakal ke apa.
Hat mak sendiri tukang ngajor quran pun ada.
Al-quran ni kena selalu baca baru tak merangkak2. Rata2 org masa kecik ngaji sampai khatam pastu dah.
Tak ulang baca lagi dan lagi.
Quote KucingBiru 7-9-2021 12:58 PM
Suchi replied at 7-9-2021 10:12 AM
Yup mcm mengejutkan tp inilah kenyataannya iols dulu mcm terkejut gak sebenarnya sbb rata2 yg takl ...

Ya betul.

Di negara Arab pun, boleh cakap arab tapi Quran tak boleh baca. Tapi pakai niqab bagai.

Pelik tapi ajaib. Kadang ada org sebut, Quran ni... magic dia, bukan mcm buku lain.

1 langkah kita dekat dgn Quran, dia buka 1000 kesenangan utk membacanya.

Selangkah tinggal Quran, dia akan buat kita lupa dia way more.

Bukan macam lagu kalau ingat akan ingat selamanya. Quran ni 'pandai merajuk'.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.124180 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top