Selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa mencadangkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar mewujudkan foto pada sijil vaksinasi penerima.
Menurut Neelofa, foto penerima perlu dipamerkan bagi mengelakkan penyamaran dan penipuan oleh individu yang belum divaksin. “Cadang untuk letakkan juga profil gambar di sijil… sebab ramai yang tidak jujur,” cadang Neelofa di InstaStory miliknya dengan mengulang siar semula makluman KPDNHEP berkenaan. Terdahulu, makluman tersebut dikeluarkan oleh KPDNHEP sebagai peringatan mesra kepada orang ramai termasuk peniaga. Para pengusaha perlu memastikan setiap pelanggan dibenarkan memasuki premis jualan setelah menunjukkan bukti kad atau sijil digital vaksinasi lengkap dari aplikasi MySejahtera dan bukannya tangkap layar.
Langkah selamat itu bagaimanapun tertakluk kepada negeri-negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). -CARI Sumber: Utusan Online
|
OyaTonggek replied at 3-9-2021 08:32 AM
sadappp yu! lupa ke masuk Court pun x scan MySejahtera?? bamboss saneee
wanawina replied at 3-9-2021 08:49 AM
cakap pasal check ni, sbb kdg2 yg ngechecknya tu pengawal keselamatan bangla/nepal. meols pasti deyo ...
awex^returns replied at 3-9-2021 08:52 AM
I would suggest masa scan MySejahtera boleh detect dah complete vaccine ke belum
kalau belum kasi r ...
Acikgomen replied at 3-9-2021 08:59 AM
Ujong2 nak yg sado
serinegara replied at 3-9-2021 08:43 AM
Macam dia sendiri juga la kan?
Tak jujur, tak de integriti dan memacam lagi sikap yang jelek.
awex^returns replied at 3-9-2021 08:52 AM
I would suggest masa scan MySejahtera boleh detect dah complete vaccine ke belum
kalau belum kasi r ...
ADVERTISEMENT