Wanita ditahan selepas kantoi memuat naik gambar bersama bayi diculiknya di Facebook, sekali gus memberi petunjuk kepada pihak berkuasa. Kamarion Taylor yang berusia empat hari dilaporkan hilang oleh ibunya di rumah mereka di Fairfield, Alabama, Amerika Syarikat.
Menurut nenek bayi itu, Tasha Taylor, suspek Lakesha Brown, 37, memuat naik gambar dirinya dengan Kamarion di Facebook. Taylor percaya Brown merancang menculik cucunya sejak kali pertama mereka berkenalan, ketika dia menjalani pembedahan. Bayi itu disatukan dengan keluarganya, jam 6 petang selepas ditemui di sebuah taman di Brighton beberapa jam selepas suspek ditahan atas tuduhan penculikan tahap satu.
Polis bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai penyiasatan kes itu. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT