Tular video menunjukkan seorang lelaki menyambut Hari Kebangsaan dua hari lalu dengan mengenakan pakaian dipenuhi bendera. Lebih menarik, dia dilihat mengusung perhiasan seperti ‘kavadi’ yang turut digantung dengan jalur gemilang.
Menerusi klip video berdurasi 45 saat yang dikongsi di laman Facebook Navy The Best, kelihatan lelaki tersebut sedang berarak sendirian bagi ‘meraikan’ sambutan hari kemerdekaan itu di jalan raya. Tanpa memikirkan persepsi orang lain terhadap dirinya yang mengenakan pakaian dan hiasan pelik, lelaki tersebut dilihat gembira menyambutnya dengan cara tersendiri. Difahamkan, kejadian itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dan lokasinya adalah di sebuah kawasan sekitar negeri Sarawak. Susulan perkongsian klip video itu di laman sosial, rata-rata pengguna memuji tindakan lelaki berkenaan dan mereka bangga dengan ‘idea’ kreatifnya menyambut Hari Kebangsaan.
Loading FB Post... “Semangat dihatinya bersungguh sayangkan negara Malaysia, pada kita nampak seperti tidak senang tapi pada hatinya dia tunjukkan semangat kemerdekaan,” tulis Apiz Jbt pada ruangan komen. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wipasa Wi. “Anda adalah anak jati Sarawak yang cintakan kemerdekaan negara kita Malaysia. “Agik idup agik ngalaban, bersatu bangsa untuk negara walaupun kita lain agama, tetap teguh bersama sama, itu lah kita rakyat Malaysia,”katanya. Sumber: K! ONLINE
|
ADVERTISEMENT