CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketawa Tak Takut Letupan, Berbondong Ambil Minyak Tanah Dari Lori Terbalik

2-9-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5593| Komen: 55

Tidak menghiraukan letupan yang boleh berlaku pada bila-bila masa, penduduk setempat dilihat berbondong-bondong mengambil minyak tanah yang tumpah dari lori terbalik.

Kompas.com melaporkan, sebelum kejadian yang berlaku di Desa Iti, Seram Barat, lori tangki Pertamina dengan muatan sekitar 5,000 liter minyak tanah itu dalam perjalanan untuk menyalurkan minyak ke beberapa kawasan di daerah berkenaan.



Kredit foto: Kompas

Disebabkan laluan jalan yang sempit, lori tangki tersebut terbabas dan terbalik ke luar jalan raya sehingga mengakibatkan beribu-ribu liter minyak tanah tumpah. 

Seorang saksi berkata, dia melihat ramai penduduk terutamanya golongan wanita mengambil kesempatan untuk mengambil minyak tanah menggunakan tong. 

Katanya, ada individu yang melarang dan memberi peringatan kepada penduduk kerana bimbang akan berlaku ledakan akibat tumpahan minyak itu. 


“Penduduk tetap nekad mengambil minyak tanah yang tertumpah itu. Walaupun ada yang melarang, namun mereka hanya ketawa sahaja dengan amaran tersebut,” katanya. 

Ketua Polis Seram Barat, Chris Soissa mengesahkan kejadian tersebut dan mendapatkan keterangan daripada pemandu lori tangki tersebut. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 2-9-2021 03:51 PM
Minyak tanah mungkin payah la nak meletup..kalau petrol,dah arwah semua tu.
Quote edayildiz 2-9-2021 03:59 PM
wat is dat? minyak tanah?

tp kalau berkaitan mnyk gini mstila tacod meletop khenzz..blh lak dorg ni.
Quote edayildiz 2-9-2021 04:01 PM
done gugel..is thinner/ turpentin ropanya
Quote cmf_acura 2-9-2021 04:01 PM
minyak tanah...payah meletup...cuma mudah terbakar jer.... asalkan jangan ada sumber api...should be ok....
Quote noor2 2-9-2021 04:03 PM
Seram barat ni nama orang ke nama tempat
Quote Friska 2-9-2021 04:23 PM
Masih banyak daerah di Indonesia masih pakai minyak tanah (kerosene) sebagai bahan bakar untuk memasak karena distribusi gas elpiji masih terbatas dan mengakibatkan harga gas elpiji meroket di daerah yang jauh dari kota-kota besar.

Penyumbang utamanya adalah isu logistik karena keluasan negara Indonesia yang besar dan negara kepulauan. Terus harga minyak tanah termasuk murah meriah jika dibandingkan dengan gas elpiji.

Ditambah secara logistik, biaya transportasi minyak tanah jauh lebih murah jika dibanding gas elpiji per kilogramnya karena cukup pakai truk tangki biasa buat transportasi minyak tanah, kalau gas elpiji harus pakai truk tangki khusus dan volumenya kurang pula.
Quote kakikuDibibirmu 2-9-2021 04:43 PM
Di bawah sinaran lampu minyak tanah, bulan tak timbul-timbul
Quote Mini.Me 2-9-2021 11:45 PM
Cehh ak baru nak kecam...tp minyak tanah pon mudah terbakar takot ade terjatuh puntung rokok ke ape
Quote tikusmontok 3-9-2021 02:43 AM
edayildiz replied at 2-9-2021 03:59 PM
wat is dat? minyak tanah?

tp kalau berkaitan mnyk gini mstila tacod meletop khenzz..blh lak ...

Umor ko berapa jah minyak tanah tak tau?
Quote sekngucing 3-9-2021 03:27 AM
edayildiz replied at 2-9-2021 04:01 PM
done gugel..is thinner/ turpentin ropanya

You tak.kenal.minyak.tanah? You from.generation.mana???
Quote sekngucing 3-9-2021 03:27 AM
edayildiz replied at 2-9-2021 04:01 PM
done gugel..is thinner/ turpentin ropanya

Minyak tanah kerosin..bukan thinner
Quote fatinandreanna 3-9-2021 03:37 AM
Friska replied at 2-9-2021 04:23 PM
Masih banyak daerah di Indonesia masih pakai minyak tanah (kerosene) sebagai bahan bakar untuk memas ...

Disana mintak tanah ni kebanyakan nya guna utk masak ye? Friska pernah guna utk masak jugak ke dulu? Rasa masakan guna mintak gas ni dgn tong gas tu mana lagi sedap.

Klu dulu tempat saya buat kenduri gotong royong pakai kayu. Memang lebih sedap masak guna kayu dari guna tong gas. Zaman sekarang xde lagi la org guna kayu memasak.
Quote edayildiz 3-9-2021 04:58 AM
tikusmontok replied at 3-9-2021 02:43 AM
Umor ko berapa jah minyak tanah tak tau?

tau dah..negeri i tinggal tu nama dia lain
Quote edayildiz 3-9-2021 05:00 AM
sekngucing replied at 3-9-2021 03:27 AM
You tak.kenal.minyak.tanah? You from.generation.mana???

tau..i kenal kerosin tp xtau nama melayu mnyk tanah..lgpun ada nama lain jgk kan dlm bhs melayu..i pgil ikut negeri i mmbsr
Quote darkness 3-9-2021 07:03 AM
Minyak tanah ni tidak mudah meletop pun. Jangan je org pedajal dah
Quote slyfynx 3-9-2021 07:36 AM
kerosine kah?
Flash point die tinggi lagi dr petrol
Still unsafe sbb suhu 38c die dah vapourized, tp kalau petrol, bawah 0 pun dah vapourized.
Quote ultra78 3-9-2021 07:53 AM
Minyak tanah meletup? Byk tgk filem hollywood ni.
Quote JohnyEnglish 3-9-2021 08:02 AM
edayildiz replied at 3-9-2021 04:58 AM
tau dah..negeri i tinggal tu nama dia lain

Kat kg aku panggil minyak gah/gas
Quote imanjannah 3-9-2021 09:07 AM
JohnyEnglish replied at 3-9-2021 08:02 AM
Kat kg aku panggil minyak gah/gas

ye sama, panggil minyak gas jugak

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044484 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top