CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dah 7 Tahun Tak Tidur- Doktor Pening, Bomoh Pun Tak Tahu Apa Punca

2-9-2021 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2569| Komen: 13

Seorang wanita di Bandung Barat, Indonesia mendedahkan tidak mampu melelapkan mata pada waktu malam seperti individu normal sejak tujuh tahun lalu, lapor laman berita Suara.com, semalam.


Cucu, 45, berkata, dia mula hilang rasa mengantuk pada tahun 2014 hingga akhirnya melarat dan menjadikannya berjaga selama tujuh tahun.

Wanita anak dua itu turut memberitahu dia sudah menjalani pelbagai rawatan tradisional dan moden untuk mengubati masalahnya namun gagal.


Foto: Suara.com

“Saya pernah dirujuk ke sebuah hospital daerah di Bandung Barat namun doktor gagal mengesan punca penyakit ini.

“Akhirnya doktor memberikan saya ubat tidur namun ia hanya berkesan untuk jangka masa pendek dan saya akan terbangun sebaik sahaja kesan ubat habis,” jelasnya.


Sementara itu, Ketua Pakar Psikologi Hospital Cikalongwetan, Dr. Zulfitriani berkata, situasi yang dialami Cucu sangat unik dan memerlukan kajian lebih lanjut.

“Kejadian ini jarang berlaku jadi pihak kami perlu meminta Cucu untuk datang dan menceritakan keadaannya secara terperinci bagi menentukan apakah rawatan yang paling sesuai,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 2-9-2021 08:44 AM
Kalau berita pelik haruslah datang dari Indon.
Quote mdhelmi 2-9-2021 08:52 AM
ubat batuk atau pil selsema dah try?
Quote kyozsamurai 2-9-2021 09:01 AM
7 tahun? ak yg sehari tak tido nih pon dah mcm apa jadinya....
Quote me12345 2-9-2021 09:06 AM
Indon dan keanehan nye...
Quote merrissa 2-9-2021 09:34 AM
biar betul...xkan ler...x mati pula
Quote Adrif 2-9-2021 10:23 AM
tidak mampu melelapkan mata pada waktu malam


maksudnya, malam je la takleh tido? siang boleh?
insomnia la ni?

circadian rhythm disorder?
Quote borrow 2-9-2021 10:30 AM
time kecik dulu mcm pnh terbaca kes camni kat paper. Berlaku kat msia , perempuan berumur jugak.
Quote akusukaq 2-9-2021 10:35 AM
Tak tidor lama lama boleh nganggu kesehatan mental
Quote RatuDunia94 2-9-2021 01:24 PM
Boleh jd bahan ujikaji mcm filem Deep.. kalau 7 tahun dh jd billionaire dh ni.. haah
Quote mejaputih 2-9-2021 01:27 PM
Bukan ke akan effect kesihatan jika langsung x tido? Ke dia spesis kelawar tido siang je?
Quote edayildiz 2-9-2021 01:28 PM
mlm jer kan..siang hari cucu tdo jgk kan..kalau tak dh lama kiok..
i yg sebulan tdo lambat pun risau gak ni..sblm ni i tdo awal..kul 10, 11 dah tdo..skrg kul 2 mata ni tamo lelap.
Quote nononcrux 2-9-2021 01:53 PM
Adrif replied at 2-9-2021 10:23 AM
maksudnya, malam je la takleh tido? siang boleh?
insomnia la ni?

jadi tidonya siang je la ye.. boleh kerja jaga ni
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 04:15 PM
kawan iol orang niaga
iol rasa kalau dia kena gini, wasap kastemer 24h pun takpe
tak tido punya
available 24h

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037418 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top