CAPE TOWN: Pakar penyelidikan genetik menzahirkan kebimbangan melihat kemunculan varian baharu Covid-19 yang mempunyai banyak persamaan seperti varian lain termasuk Alpha, Beta dan Gamma.
Lapor CNN, varian yang dikenali sebagai C.1.2 menular di seluruh Afrika Selatan termasuk di tujuh negara lain di Afrika, Asia dan Pasifik. Para penyelidik belum dapat mengesahkan sama ada mutasi jenis varian itu lebih berbahaya, tetapi ia membawa perubahan kepada varian lain untuk meningkatkan kebolehjangkitan terhadap tindak balas sistem kekebalan tubuh badan manusia hingga tahap tertentu. Pasukan penyelidik yang turut dianggotai ahli virologi dari Institut Penyakit Berjangkit Afrika Selatan, Penny Moore menjelaskan mutasi yang lebih banyak tidak semestinya lebih berbahaya.
“Kami sedang menilai kesan varian ini pada peneutralan antibodi berikutan jangkitan koronavirus atau vaksinasi terhadap koronavirus di Afrika Selatan. “Varian ini dikesan semasa jangkitan gelombang ketiga sejak Mei lalu dan dikaitkan dengan penularan varian baharu,” katanya dalam laporan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti empat jenis varian iaitu Alpha atau B.1.1.7, Beta (B.1.351), Gamma (P.1) dan Delta (B.1.617.2). Varian yang mempunyai mutasi yang membimbangkan dan menyebabkan kluster penyakit termasuk Eta (B.1.525), Iota (B.1526), Kappa (B.1.617.1) dan Lambda (C.37). Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove berkata, bilangan individu yang disahkan positif akibat dijangkiti varian C.1.2 sangat sedikit. “Sehingga kini, hanya terdapat sekitar 100 kes dikaitkan dengan varian C.1.2 yang dilaporkan di seluruh dunia dan kes varian itu belum meningkat,” jelasnya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
sarah82 replied at 1-9-2021 09:50 AM
Tak leh welcome Omega lagi.
exclusive_vvip replied at 1-9-2021 10:03 AM
mungkin Sigma dulu..kihkihkih
AbukRokok replied at 1-9-2021 10:00 AM
jeng jeng jeng..hiduplah kamu dalam ketakutan
xboleh balik raya 2022 (kecuali aku)
krustykrab replied at 1-9-2021 10:27 AM
Tak pe la..harap2 dgn ini populasi manusia berkurangan hingga 1% je..yg survive yg kuat je..yg lema ...
n3ar replied at 1-9-2021 10:23 AM
Nampak sangat virus ni memang modified oleh manusia... Senang sgt mutate.. Kalau virus liar, kan sus ...
abangbikerz replied at 1-9-2021 11:28 AM
expert cakap inevitably everyone will catch the virus later. entahla
RatuDunia94 replied at 1-9-2021 11:25 AM
Entah2 yg survive tu yg antivaksin.. hahaa
ADVERTISEMENT