Tular rakaman lelaki warga emas meniggal dunia di lantai hospital selepas dilihat cuba berdiri dengan berpaut pada katil dalam keadaan lemah. Utusan melaporkan, rakaman dimuat naik seorang pengguna Facebook itu menunjukkan pesakit terbaring dengan beg urin masih di sebelah sebelum diselimutkan dengan kain putih. Hantaran itu mendakwa, pihak hospital gagal memberi rawatan segera kepada pesakit yang dipercayai ditempatkan di wad pesakit Covid-19.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo dalam kenyataannya berkata, siasatan lanjut berhubung insiden itu kini dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) manakala Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian. - CARI
|
noor2 replied at 31-8-2021 12:29 PM
Yg merakam tu knp x tolong?..sanggup rakam tujuan nk viral ke apa sampai orang tu mati...orang yg ra ...
ADVERTISEMENT