Dafi mengaku sebagai anak kepada ahli politik, apatah lagi selepas dilantik Perdana Menteri, dirinya terus dibayangi bapanya. Hakikatnya, penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini sukar mengelak, betah dan belajar membiasakan diri dengan perhatian yang diberi sebagai 'anak PM'.
Namun, sejak dahulu lagi, Dafi atau nama penuh, Gadaffi Ismail Sabri tidak pernah mendabik dada, jauh sekali mengambil kesempatan daripada kedudukan papa sebagai ahli politik dalam merencana perjalanan karier seni. Sebaliknya, jejaka berusia 32 tahun ini mahu terus positif, mendisiplinkan diri dan cuba melakukan refleksi dalam menentukan hala tuju sebagai anak seni. "Tidak kira jawatan apa sekalipun dan hakikat papa terus dikaitkan dalam kerjaya seni yang diceburi, saya tetap Dafi yang sama... Tiada apa yang berubah. "Pastinya, saya kena jaga nama baik papa, keluarga dan menjaga tingkah laku diri.
"Saya sudah biasa dengan senario ini. Malah, secara semula jadi, semuanya bagai tabiat untuk terus menjadi baik. "Semua tekanan atau pandangan skeptikal yang diberi segelintir pihak, saya anggap sebagai sesuatu yang positif," katanya kepada BH Online. Dafi mengaku sering mengingatkan diri agar tidak mengambil kesempatan atas mandat atau jawatan dimiliki papa. "Saya tidak boleh halang orang bercakap itu dan ini baik kepada diri saya atau papa. Tetapi saya kena belajar perkara ini di mana kita sendiri sendiri yang menentukan bagaimana orang luar memandang kita. "Pastinya orang yang tak kenal akan anggap saya begitu atau begini. Tetapi hakikatnya, semua manusia sama. Saya tidak fikir detik ini atau situasi semasa menjadikan diri ini 'poyo' atau berlagak. "Apa yang pasti, saya mahu terus bekerja keras dalam meneruskan survival dan minat diri ini (dalam dunia seni)," katanya. Dalam masa sama, Dafi memuji cara penyanyi, Najwa Mahiaddin yang juga anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menangani situasi sama, sebelum ini. "Saya lihat Najwa mengambil pendekatan berkecuali atau kurang 'bunyi'. Bagus cara beliau tangani kecaman dan perkara berkaitan rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada bapanya. "Kalau Najwa bertindak sebaliknya, barangkali akan jadi lebih parah. Saya tidak mahu jadi punca papa 'stress' kerana hal rakyat. "Banyak perkara saya perlu hati-hati termasuk memuat naik entri dalam media sosial. Tertekan juga kena fikir pandangan orang luar terhadap apa yang saya buat atau kongsi dalam media sosial. "Namun, mahu atau tidak, saya kena membiasakan diri dalam hal itu," katanya. Sumber: BH Online
|
edayildiz replied at 31-8-2021 12:30 PM
smlm mmpi dafi meninggal..apa kejadah la mmpi merepek tiber
yelah dafi xpoyo..yg poyo tu kak nah..t ...
exclusive_vvip replied at 31-8-2021 01:47 PM
dedulu i dgr, kalu kita mimpi orang meninggal, tandanya orang tu kenyang..dafi tgh kenyang kot ma ...
Thunderclouds replied at 31-8-2021 01:24 PM
Dafi kna stay below the radar la. Ikut contoh najwa mahiadin.
ADVERTISEMENT