CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

18 Bulan Meringkuk Di Balik Jeriji Besi Sebab Pakai Duit Palsu Beli Nasi & Rokok

30-8-2021 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2381| Komen: 10

Gara-gara menggunakan dua keping wang palsu RM100 untuk membeli nasi dan rokok, seorang penganggur dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan.


Hakim Siti Aminah Ghazali memerintahkan hukuman penjara terhadap Muhamad Fizwan Norruhadi, 34, bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 23 Ogos lepas.


Gambar hiasan

Tertuduh yang beralamat di Sungai Isap 3, di sini didakwa menggunakan wang palsu RM100 sebagai tulen untuk membeli nasi bungkus berharga RM5 di sebuah gerai makan di Beserah, di sini pada 9.30 pagi 21 Ogos lepas.

Dia juga didakwa menggunakan sekeping lagi wang palsu itu pada 3.18 petang hari yang sama di sebuah kedai serbaneka di Indera Mahkota, di sini untuk membayar sebungkus rokok bernilai RM12.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan menjaga bapanya yang berusia 64 tahun. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kupucandy 30-8-2021 04:44 PM
ahli politik yg merompak duit rakyat lepas bebas, ini dinamakan negara pak pandir
Quote allshares 30-8-2021 05:21 PM
Scammer terulung tipu duit org ramai juta2 senang lepas, yg tipu duit 200 kena penjara sampai 18bln.
Quote edayildiz 30-8-2021 05:25 PM
dunia mmg tak adil..yg berduit mcm fk blh jer tkr ngn duit kan
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 05:35 PM
lain kali jadik scammer berjaya je
takde sape dapat tangkap ko
Quote gigahertz 30-8-2021 06:53 PM
ok i ada teka teki
harga barang rm 5  
wang palsu rm100
seller pulangkan rm95 .
berapakah kerugian seller.?
rm100 ? rm 90 ? rm 5 ? rm 195 ?
{:run
Quote pooh~key 30-8-2021 06:59 PM
gigahertz: ok i ada teka teki harga barang rm 5  wang palsu rm100seller pulangkan rm95 .berapakah kerugian seller.?rm100 ? rm 90 ? rm 5 ? rm 195 ? {:run


Jawapannya RM100 bukan, sister?
Quote Fortiori02 31-8-2021 09:59 AM
Walaupun kesian gak kat tertuduh ni, tp sbb dia kena 2 pertuduhan guna wang palsu, mungkin sbb tu kena 18 bulan. Harap dia & kita semua amek iktibar.
Quote TeropongThaico 31-8-2021 12:57 PM
Nih scammer taraf2 waluncai.. Cuba aniaya peniaga2 kecil.
Rasain kauuu.
Duduk dalam sana tu dah tak buat apa2 muhasabahkan diri sikit Orang rajin usaha ko senang2 nak niaya org sgt kannn
Quote Thunderclouds 31-8-2021 01:08 PM
Dan yg curik duit rakyat ratos2 jota masih bebas mcurik. And kalo dh susah tu,stop smoking. I cukop xpaham pesen mcm ni.
Quote fatinandreanna 1-9-2021 01:03 AM
gigahertz replied at 30-8-2021 06:53 PM
ok i ada teka teki
harga barang rm 5  
wang palsu rm100

105 la. 100 dah mmg palsu. 5ringgit harga makanan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043027 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top