CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lembah Klang Akan Beralih Kepada Fasa Seterusnya- Ismail Sabri

30-8-2021 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5076| Komen: 32

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ‘bayangan’ bahawa Lembah Klang akan beralih kepada fasa seterusnya selepas kadar vaksinasinya sudah melebihi 80 peratus.


Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata, keputusan untuk peralihan fasa itu akan diputuskan selepas perbincangan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet.


Foto: Kosmo

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus. Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini.


Pada masa sama, Ismail Sabri bangga dengan dengan semua orang yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi atas dan pencapaian yang luar biasa.

Sementara itu, berdasarkan carta yang dikeluarkanJawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di laman Facebooknya, jumlah penduduk Lembah Klang yang sudah lengkap dua dos vaksin kini mencecah 90.3 peratus sehingga semalan. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eragon 30-8-2021 11:42 AM
Sempena MERDEKA. Akhirnya Lembah Kelang merdeka. But, patuhi lah SOP.
Quote tipah89 30-8-2021 12:22 PM
bolehla rentas daerah nak balik kampung.. semua family da complete vaksin
Quote twins 30-8-2021 12:26 PM
negeri yg dalam F2 boleh tak rentas pergi ke negeri lain yg F2 jugak ?
Quote LadyCarefree 30-8-2021 12:38 PM
Mail pakai mask jenis apa?
Quote delia3003 30-8-2021 12:43 PM
Edited by delia3003 at 30-8-2021 12:45 PM

Elok sangat ler, banyak urusan tertangguh sbb tak boleh rentas daerah.

Harus ler kena mesyuarat dulu sbb paling ramai penduduk dan kes masih tinggi.

Bila nak mesyuarat nye tu?
Quote cmf_acura 30-8-2021 12:44 PM
tapi..covid tetap tinggi... so apakah perubahan plan fasa ni mengikut vaksanasi atau kadar dan jumlah jangkitan cov 19??
Sepatutnya ia mengikut kadar dan jumlah jangkitan .
Quote delia3003 30-8-2021 12:46 PM
twins replied at 30-8-2021 12:26 PM
negeri yg dalam F2 boleh tak rentas pergi ke negeri lain yg F2 jugak ?

Tak boleh uols, boleh rentas daerah je yg dah lengkap dos vaksin.
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 04:37 PM
so boleh ke idok jenjalan?
Quote allshares 30-8-2021 05:22 PM
Cpt2 la boleh rentas daerah pls.
Quote Potpouri 30-8-2021 08:54 PM
Nak balik kampungggg.. dah dua tahun tak balik dah
Quote Kerexxx 30-8-2021 08:58 PM
tipah89 replied at 30-8-2021 12:22 PM
bolehla rentas daerah nak balik kampung.. semua family da complete vaksin

Horayyyyy.. jgn lupa pastikan org yg kita ziarah tu dah vaksin juga
Quote coolpsyrie 30-8-2021 09:16 PM
herd immunity tetap berisiko pada golongan yang menghidap penyakit kritikal...
kita masih boleh menjadi pembawa kepada mereka....
Quote Decaffeinated 30-8-2021 09:33 PM
balik kampung ka, bersosial ka semua aku tak nak. aku nak travel tengok dunia tapi avoid manusia ha ha...

Quote batu kikir 30-8-2021 10:27 PM
Orang Gomen tak suka dengar ni.  Alangkah indahnya WFH (sebenarnya satu habukpun tak buat...call tak jawap,  borang ak prosespun) sebab dapat gaji penuh serta bonus srbab kerja teruk katanya.  
Quote MissVixen 30-8-2021 10:30 PM
LadyCarefree replied at 30-8-2021 12:38 PM
Mail pakai mask jenis apa?

Jovian punya n95 kalau tak silap. Baju semua jenama menantu. Tak nampak macam kroni dan kepentingan peribadi ke...
Quote gekkou 30-8-2021 10:46 PM
tapi kes masih tinggi
adakah nnt bila kes mencanak u turn balik ke fasa 1?
or lepas ni rebranding kasi nama lain plak?

jangan lepas beralih fasa seminggu
kau uturn kembali


Quote annadonna 30-8-2021 11:36 PM
Edited by annadonna at 30-8-2021 11:37 PM
MissVixen replied at 30-8-2021 10:30 PM
Jovian punya n95 kalau tak silap. Baju semua jenama menantu. Tak nampak macam kroni dan kepentinga ...


Kalau dia sorang aje yang pakai takde salahnya. Menantu dia. Ala ala personal image consultant gitu. Lainlah kalau paksa semua jemaah menteri pakai mask dan uniform jenama Jovian. Itu kronisme dna nepotisme.
Quote LadyCarefree 30-8-2021 11:42 PM
MissVixen replied at 30-8-2021 09:30 PM
Jovian punya n95 kalau tak silap. Baju semua jenama menantu. Tak nampak macam kroni dan kepentinga ...

Mana boleh N95 laaaa tu 3M punya. Yg baru ni kf94 and kn95. I baru stalk dia. Lol. But still I won't buy unless certified.
Yg 3ply tu biasa bukan surgical.
Quote LadyCarefree 30-8-2021 11:43 PM
gekkou replied at 30-8-2021 09:46 PM
tapi kes masih tinggi
adakah nnt bila kes mencanak u turn balik ke fasa 1?
or lepas ni rebranding  ...

Pkpabcdef pastu fasa123456 lepas ni pakai warna lak la merah oren kuning makkoijo

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050061 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top