CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tiga Bulan Tak Kerja, Namron Tak Puas Hati Keputusan Kerajaan-"Kami Pun Nak Makan"

30-8-2021 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3504| Komen: 18

Pelakon Namron menganggap kelonggaran membenarkan penggambaran yang tertangguh adalah tidak adil kepada penggiat seni yang sudah tiga bulan tidak bekerja.

Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdnan berkata, syarat yang dimaklumkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) itu tidak membantu keseluruhan anak seni yang sudah lama hilang punca pendapatan.


Foto: IG

"Apabila perkara tersebut dimaklumkan oleh Finas, bukan cuma saya, malah ramai lagi penggiat seni yang berasa ia tidak wajar.

"Semua orang nak kerja. Tapi kebenaran yang ada sekarang ini adalah bagi mereka yang terikat untuk menyambung penggambaran yang sebelum ini.

"Penggambaran yang baru tidak dibenarkan. Contoh macam saya, sepatutnya ada dua kerja penggambaran yang perlu saya buat bermula sekitar Jun lalu.

"Tapi terpaksa ditangguh lagi sebab syarat yang disebut tadi. Kami pun nak cari makan. Saya sudah hampir tiga bulan lebih tak ada kerja ini," katanya kepada mStar.


Pada 21 Julai lalu, kerajaan menetapkan hanya produksi drama, iklan dan dokumentari yang tertangguh penggambaran kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk meneruskan penggambaran pada Fasa Dua.

Syarat lain adalah aktiviti penggambaran hanya boleh dijalankan di negeri yang berada di status Fasa Dua dan melibatkan lokasi atau premis penggambaran luar studio sahaja.

Dalam pada itu, Namron berharap kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan seperti biasa memandangkan ramai penggiat seni sudah mempunyai menerima vaksinasi lengkap.



"Ramai juga kalangan kami yang sudah mendapatkan suntikan vaksin dua dos. Itu juga yang dijanjikan oleh kerajaan dimana boleh bekerja kalau ada vaksinasi lengkap.

"Tapi sampai sekarang masih tak boleh lagi. Saya berharap pihak tertentu ambillah tindakan segera sebab semakin lama, semua antara kami ini berasa tertekan untuk menguruskan kelangsungan hidup.

"Apa lagi buat kami yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini. Kita nak cari makan untuk keluarga," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 30-8-2021 11:45 AM
Bukan ko je xbekerja 3 bulan. Ramai lg yg xbekerja lagi termasuk aku
Quote Kurex 30-8-2021 12:15 PM
Takde buat part time kerja ke bang
Quote lwyl 30-8-2021 01:17 PM
Orang Melayu pandai masak. Area saya ada dua family jual nasi lemak dan kueh. Cina tengah jogging tanya “Dik, jual nasi lemak ke?”. Minta nombor pastu sebar kepada jiran-jiran Cina yang lain. FYI, Cina suka makan nasi lemak.
Quote bulalof 30-8-2021 01:18 PM
kasihannnn......
Quote dejure 30-8-2021 01:26 PM
Baru 3 bulan.dulu graduan uni ada yg bertahun xde kerja..
Quote Megikari 30-8-2021 04:15 PM
Dah tau gitu cari la kerja lain untuk sementara waktu ni. Kalau tak reti meniaga pun, panda ada, grab ada. Alangkan orang yg ada degree pun tak segan jadi panda demi kelangsungan idup, ni kan pulak retis yg ntah2 espiyem pun x lepas
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 04:34 PM
Ada nama
Boleh la niaga
Kecik2 pun takpe mehhhh
Quote Carcosa 31-8-2021 12:02 AM
Lain kali sekolah pandai2. Jgn jadi pelakon {:handsome
Quote Hoola 31-8-2021 12:14 AM
lwyl replied at 30-8-2021 01:17 PM
Orang Melayu pandai masak. Area saya ada dua family jual nasi lemak dan kueh. Cina tengah jogging ta ...

Cayalah uncle/aunty ittew.very supportive
Masyrt mm tu ygkita nak
Bkn yg semedang busuk ati
Quote kiwibenz 31-8-2021 02:51 AM
lwyl replied at 30-8-2021 01:17 PM
Orang Melayu pandai masak. Area saya ada dua family jual nasi lemak dan kueh. Cina tengah jogging ta ...

Betul. Cina area sini pun. Pagi2  sambil berjalan mak leha 2 plastik dia borong nasi lemak. Suka sangat nasi lemak katanya
Quote lwyl 31-8-2021 08:54 AM
kiwibenz replied at 31-8-2021 02:51 AM
Betul. Cina area sini pun. Pagi2  sambil berjalan mak leha 2 plastik dia borong nasi lemak. Suka s ...

Cina memang suka nasi lemak. Family saya suka nasi lemak lauk rendang daging.
Quote TomyamPuteh 31-8-2021 09:24 AM
Namron dh blh bukak grup wasap dgn Elli Suriati. Dua2 heavy smoker. Hitam bebeno bibir beliau.Jijikkss...
Quote adeqbun 31-8-2021 06:36 PM
Artis yg sedia ada xde job dan kurg job mgkin xbaoe terkesan time covid sbb diorg dh tau nak ade bekao utk idup. Cth mcm nubhan..rancak die pnye bisnes sambal wlupon nmpk mcm x sdp je..to ok la utk kelansungan idup..mak die pon klakor
Quote enot_sibudak 31-8-2021 06:47 PM
TomyamPuteh replied at 31-8-2021 09:24 AM
Namron dh blh bukak grup wasap dgn Elli Suriati. Dua2 heavy smoker. Hitam bebeno bibir beliau.Jijikk ...

elly merokok ker.. oh hisap rokok sah2 bahaya terang2...suruh ank nya nasihat mk nya skit..
Quote enot_sibudak 31-8-2021 06:48 PM
adeqbun replied at 31-8-2021 06:36 PM
Artis yg sedia ada xde job dan kurg job mgkin xbaoe terkesan time covid sbb diorg dh tau nak ade bek ...

laku keras chuolls smbal mak jeni
Quote adeqbun 31-8-2021 06:50 PM
enot_sibudak replied at 31-8-2021 06:48 PM
laku keras chuolls smbal mak jeni

Cara die marketing tu kena gaya..memula die fofularkan dlu mak jeni..dh ramai followers bru die masukkan produk die
Quote enot_sibudak 31-8-2021 06:56 PM
adeqbun replied at 31-8-2021 06:50 PM
Cara die marketing tu kena gaya..memula die fofularkan dlu mak jeni..dh ramai followers bru die ma ...

tu la.. skali pkp mak jeni terkndas kt umah dia..apa lg marketing lagi canak naik... nubhan mmg pandai cari peluang.. iols ingt binik dia berhenti keja nk join buat bisnes.. rupanya masuk private klinik.. lg masyukkkk... xterikat.. wpn bg iols agak rugi jugak, tp kita xtahu apa perancangan dia
Quote adeqbun 31-8-2021 07:20 PM
enot_sibudak replied at 31-8-2021 06:56 PM
tu la.. skali pkp mak jeni terkndas kt umah dia..apa lg marketing lagi canak naik... nubhan mmg pa ...

Keje gomen terikat .gaji xkencang to ade pencen..duk private gaji masyuk,bkeh ejas jadual dan ade kwsp .ade la pro and cons .moral of the story retis2 xyah la mengada sgt...semua industry ade effect tersendiri

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045947 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top