CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Presiden Bumi Datar Guna Ayat Al-Quran Untuk Tutup Salah

28-8-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13298| Komen: 111

Bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad dikecam orang ramai apabila dia didakwa cuba mengunakan ayat al-Quran untuk menutup kesilapan sendiri yang menggelar penerima vaksin sebagai ‘lembu’.


Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, perbuatan Suhaimi itu nyata mengundang kepada pelbagai tomahan daripada orang ramai.

Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Inteam dilihat telah menyekat individu yang tidak sehaluan dengan pendapatnya.


Kredit foto: IG


“Sudah sekat 169 lagi, dalam al-Quran juga Allah ada sebut ‘as sufahak’ maksudnya orang-orang yang tidak cerdik, siapa terasa dia lah itu.

“Jangan ingat idea dan komen korang itu bernas sangat, nak baca sampai habis pun aku tak selera,” tulisnya semalam.


Selepas hantarannya itu mendapat perhatian orang ramai, penyanyi itu juga menggelarkan dirinya sebagai presiden bumi datar dan beliau juga lantang mengakui merupakan seorang antivaksin.





Sementara itu, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘menziarahi’ Suhaimi Saad serta menyelar tindakannya mengelar penerima vaksin lembu.

“Mohon pihak polis ziarah beliau, jauh sangat dah ini jika kurang sihat dapatkan segera rawatan.

“Jika tak nak vaksin jangan ‘dilembukan’ orang yang menerima vaksin, hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian itu,” jelas PU Syed. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 28-8-2021 02:11 PM
Gigihnya block org... Byk bethol masa dia kan...
Quote bracebintang 28-8-2021 02:17 PM
Si bangang ni kan, apsal eh susah sgt nk kena tahan sbb menghasut. Obvious gila menghasut, menakut-nakutkan org pasal vaksin. Dia ni tunggu je lah up gamba or buat live tgh dine in kt kedai makan, pastu mintak kena angkut balai lah anak beranak. Masa tu baru reti senyap. Naik baran pulak tgk perangai dia ni. Eeee dasar penunggang. Dah salah tak reti mintak maaf. Igt orang lain bebodo mcm bini kau ke telan je fakta2 merepek tu.
Quote bracebintang 28-8-2021 02:18 PM
manehnya replied at 28-8-2021 02:11 PM
Gigihnya block org... Byk bethol masa dia kan...

Kan. Mmg byk masa dia. Dia kan surirumah sepenuh masa. Bezanya dia ni duduk je umah main tepon 24 jam.
Quote sarah82 28-8-2021 02:28 PM
Odin x marah ka.. Dia ni claim diri sebagai presiden Asgard (bumi rata).

Karang ada yg kena panah lintaq sebab Odin mengamuk
Quote hyie 28-8-2021 02:50 PM
tetiba teringat babyAA yang suka block2 orang ni...bunyi ayat dia pun lebih kurang aje sis
Quote Yunho 28-8-2021 03:07 PM
Sendiri tulis sendiri menyorok...kalu berani jgn block...jwb le balik..PONDAN.....
Quote sharlenetexas 28-8-2021 03:18 PM
Heshe tu cerdik sangat ke? Belajar pun sekerat jalan.
Quote trexxxxxi 28-8-2021 03:18 PM
Sogay banyak kerja lain?
Eh sogay kan bewak peliharaan izazaim 2 dose

Quote dino 28-8-2021 03:18 PM
bracebintang replied at 28-8-2021 02:18 PM
Kan. Mmg byk masa dia. Dia kan surirumah sepenuh masa. Bezanya dia ni duduk je umah main tepon 24  ...

dah dasar biawak hidup.. dpt plak bini bodoh

pendpt die semua bodoh haha
Quote Zaien 28-8-2021 03:20 PM
Aikk sndiri yg tulih.. hahaha gigih la memblock org..
Ingt org hadap agknya..
Quote jargon 28-8-2021 03:43 PM
Knp dia ni tak kene tangkap?
Quote JalaEmas 28-8-2021 03:45 PM
perlu kee tepek skli gambo sohai ni terjulur lidahh..

kejijikan tau dak
Quote ms.koala 28-8-2021 03:57 PM
Satu je sesuai dgn sohai ni "BANGGANG"
Quote TeropongThaico 28-8-2021 03:59 PM
Betul ke dah block. Ke cakap je?
Quote Itzy 28-8-2021 04:25 PM
gigi jarang ni skali tumbuk gigi bersepai kang
Quote KucingBiru 28-8-2021 04:28 PM
Kalau dia ni alim, dia tak akan bodohkan diri provoke org dan bazir masa nak block org dan bertekak kat IG.

Baik baca kitab, bantu manusia lain, pi belajar etc. Anak pun 4... banyak gila.masa buang dgn sia sia.

Ni org panggil.Jahil murakab.
Quote cmf_jeangrey 28-8-2021 04:34 PM
Org malas kerja gitulah...byk nau masa melagakan ummah...sambil tu claim asnaf harap derma org ramai to feed the whole family..lembu lagi mulia pi cari makan sendiri
Quote nubook 28-8-2021 04:47 PM
Family dia kena do something. Kesian rasa dkt ina naim and anak2 dia. Tak salah pun nak zuhud. Tp zuhud yg sebenar2 benarnya social media pun dia tak kisah. Org yg zuhud takkan sesekali mendabik dada menganggap diri bagus and herdik org lain.
Quote Fortiori02 28-8-2021 05:02 PM
Tak bijak + hidung tinggi. Kesian org gini.

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.174415 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top