Seorang budak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena renjatan eletrik ketika menyentuh pengecas telefon bimbit. Lapor Mirror, mangsa, Sara Alves de Albuquerque meninggal dunia di rumahnya di Erere, Brazil.
Mangsa dikejarkan ke hospital, namun, disahkan maut selepas pasukan perubatan berusaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. Setakat ini, belum dikenal pasti jenama telefon bimbit tersebut atau dicas daripada jenama yang terkenal. Datuk Bandar itu, Emanuelle Gomes Martins merakam takziah atas kematian kanak-kanak itu dalam Facebook. Brazil merekodkan sebanyak 355 kes kematian akibat renjatan eletrik tahun lalu. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
mijot replied at 29-8-2021 06:17 AM
kt selangor ni, kebanyakkan plug pemaju letak kt bawah...
anak aku byk kali dok tarik plug, dok cuc ...
ADVERTISEMENT