Selepas 526 hari ‘terkandas’ di Malaysia akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu, penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai akhirnya selamat tiba di kediamannya di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat sekitar pukul 12 tengah hari (waktu LA) atau sekitar pukul 3 pagi tadi, waktu Malaysia.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Yuna yang ditemani suami, Adam Sinclair berkongsi beberapa video ketika dia tiba dikediamannya di LA dan membuat lawatan ‘home tour’ dalam kediaman yang telah ditinggalkan lebih daripada setahun itu. “Kami akhirnya di rumah! Hi dapur saya. Rindunya!” ujar Yuna. Dalam perkongsian itu juga, Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai, 35, turut menunjukkan pokok hiasan yang ditanamnya di dalam rumah telah membiak dengan subur sehingga terjuntai ibarat ‘hutan mini’.
Walaupun mengakui penat selepas menempuh perjalanan berjam-jam menaiki kapal terbang, Yuna tidak dapat berehat kerana perlu mengemas rumahnya yang telah ditinggalkan sekian lama.
|
eragon: Terkandas ?
dejure replied at 27-8-2021 11:02 AM
Yuna pon dah berambus balik LA..kesian aciii nourul deep yg masih terkandas kat kl ni..hahahaaha..tu ...
slyfynx replied at 27-8-2021 10:10 AM
Telinga dah hampir abis dah kuar.
Buat panas kepala je pakai camtu
ADVERTISEMENT