Pengarah JKDM, Khazali (tengah) memegang bungkusan dadah yang dirampas pada sidang media, semalam. PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki warga India dipercayai membawa dadah bernilai RM8.54 juta di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 November lalu. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Khazali Ahmad berkata, ini adalah rampasan dadah terbesar oleh kastam tahun ini. Menurutnya, lelaki berumur 30-an itu ditahan kira-kira jam 7.30 pagi oleh penguat kuasa kastam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Lima bungkusan dadah jenis methamphetamine dengan berat dianggarkan 44.95 kg ditemui. Modus operandi lelaki itu ialah dengan membalut dadah dengan plastik hitam sebelum menyorokkannya di bawah bungkusan inai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JKDM, di sini, semalam. Beliau berkata, suspek merupakan penjual barangan elektrik dan sudah 15 kali keluar masuk ke negara ini sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, kebiasaannya, suspek akan tinggal di negara ini selama dua atau tiga hari. Pihaknya masih menyiasat sama ada suspek menjalankan kegiatan ini seorang diri atau berkumpulan. “Lelaki itu ditahan selama tujuh hari untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya. Menurut Khazali, pihaknya turut membuat pemerhatian mengenai trend penyeludupan dadah yang dilakukan warga India pada tahun ini. Katanya, modus operandi penyeludupan turut ditukar dengan menjadikan KLIA sebagai lapangan terbang transit sebelum mengambil penerbangan domestik di negara ini. “Mereka ingat bila tukar penerbangan di KLIA, kastam tidak akan memeriksa bagasi mereka di lapangan terbang lain,” katanya. Khazali berkata, kastam juga berjaya mematahkan 120 percubaan penyeludupan dan pengedaran dadah pelbagai jenis yang bernilai RM114 juta di seluruh negara sejak awal tahun ini. Menurutnya, daripada jumlah itu, 61 kes dengan rampasan bernilai RM44.39 juta berjaya dipatahkan di KLIA dan kes kedua terbesar pada tahun ini ialah di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang melibatkan rampasan 20kg dadah bernilai RM3.8 juta pada 14 Ogos lepas.
|
niceghost2005 posted on 26-11-2013 02:56 AM
Jangan kelak pabila masuk court................barang bukti semua tetiba 'hilang'.
Bbrp tahun y ...
ADVERTISEMENT