CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Seram 'Lejen' Di Asrama, Anda Pernah Kena?

26-8-2021 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11590| Komen: 34

Jika pernah tinggal di asrama, cerita di bawah mungkin pernah terjadi pada anda. 

#Nama-nama dalam cerita seram ini bukanlah nama sebenar.


Gambar hiasan



#1 Hantu 123

Linda dan Julia merupakan rakan baik. Pada suatu malam, Linda tidak dapat melelapkan matanya. Katil Julia pula di sebelah sahaja dan dia sedang tidur dengan nyenyak. 

Linda melihat jam sudah hampir 2 pagi dan dia tetap tidak boleh tidur. Sambil berguling ke kiri dan kanan, Linda terdengar ada orang membuka tingkap bilik yang betul di hadapannya. Kemudian, Linda terdengar;

“Satu, dua, tiga… Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur… Empat tak tidur lagi?”

Linda menjadi meremang dan seram sehingga membaca pelbagai jenis surah. Tetapi, dia masih mendengar suara hantu tersebut mengira pelajar. 

Pada masa sama, Linda memanggil nama Julia dalam suara yang terketar-ketar. Tapi, apa yang lebih menyeramkan hantu tersebut berkata, Julia sudah tidur lalu mengilai.Linda kemudiannya menjerit menyuruh hantu itu pergi sehingga mengejutkan orang lain. 


Ada yang mengatakan hantu tersebut adalah nenek kebayan yang duduk di atas loker sambil menggoyang-goyang kakinya.


#2 Makcik Karipap

Paling popular dalam kalangan pelajar lelaki, kejadian Makcik Karipap ini terjadi sekitar minggu orientasi. 

Pada suatu malam, ada sekumpulan senior mahu membuli seorang junior dengan mennyuruhnya membeli karipap di tingkat tiga Blok D. 


Gambar hiasan

Kata senior itu, blok D tidak pernah wujud dan dia hanya mahu menguji junior tersebut sahaja.

Tidak lama kemudian, si junior kembali membawa karipap di tangannya. Senior tersebut mula berasa pelik dan seram. Mereka bertanya pada junior itu di manakah dia mendapat karipap tersebut.

Akui junior itu, dia membeli dengan seorang makcik di tingkat 3 blok D seperti diarahkan sekumpulan senior terbabit.

Pada masa yang sama, penjual karipap itu meninggalkan pesan seperti;

“Cakap dengan senior, jangan buli budak baru tau!”


#3 Bilik 5, Tingkat 3, Blok A

Sally merupakan pelajar di sebuah sekolah agama di Klang dan menghuni asrama blok C. 

Dijadikan cerita, pada suatu petang di dewan makan, Sally ternampak ada ibu bapa sedang menunggu.

Kebiasaannya ada orang di konti radio untuk membuat pengumuman sekiranya ada ibu bapa yang menunggu di dewan makan. Tetapi, pada hari kejadian, tiada siapa di konti tersebut. 

Ibu bapa itu meminta tolong Sally untuk memanggil anak mereka, Nurul di Blok A, tingkat 2, bilik 5.

Dengan berlari memanggil Nurul, Sally terlajak naik sampai ke tingkat tiga dan sampai ke bilik 5 yang terletak di sebelah tangga. 

Yang seramnya, pintu bilik itu terbuka dan Sally ternampak sekumpulan pelajar sedang berkemban dan menyikat rambut. Tanpa ragu-ragu, dia mengetuk pintu dan bertanya siapakah Nurul.

Kemudian, sekumpulan pelajar itu memandang dan memberitahu Sally tersalah bilik dan bilik dicarinya itu berada di bawah bilik berkenaan. Sally turun semula ke tingkat 2 dan memanggil Nurul. 

Bila dia sampai sahaja ke biliknya, Sally menceritakan peristiwa itu kepada senior biliknya. Seniornya terkejut dan memberitahu bilik itu sebenarnya sudah kosong sejak tahun 80-an lagi. 

Dia kemudiannya keluar daripada asrama. Untuk dikatakan puncanya, pelajar di A:2:5 itu bermain permainan spirit dan menyebabkan makhluk halus mula tinggal di situ. Pelbagai peristiwa terjadi sehingga katil digegar dan ditarik, histeria yang teruk dan macam-macam lagi. 


Gambar hiasan


#4 Rakan Bilik Jelmaan Jin

Kisah seram ini dikatakan berlaku di UUM, Kedah apabila seorang cikgu Matrik (Ina) yang pernah menjadi pelajar di situ tinggal dengan jin.

Ina menceritakan dia hidup seperti orang lain tanpa menyimpan sebarang syak wasangka pada teman sebiliknya sehinggalah satu ketika, rakan biliknya pulang ke bilik.  

Ina meminta rakannya itu untuk menutup suis lampu. Ketika mahu menutup lampu bilik, rakan Ina mengjulurkan tangannya seperti hantu Nang Nak dan terus menekan suis lampu. 

Selepas Ina ternampak kejadian itu, dia terus menjerit dan lari keluar daripada bilik. Apabila orang lain bergegas selepas mendengar jeritannya itu, Ina menceritakan hal sebenar dan ramai yang melihat Ina tinggal bersendirian dan katil di sebelahnya kosong.

Keesokkan harinya, Ina ke pejabat kolej untuk bertanya tentang rakan sebiliknya itu. Yang paling mengejutkan, tiada nama seperti disebutkan oleh Ina, malah tidak wujud. 

Rupa-rupanya, Ina tinggal bersama jin selama satu semester.

Yang mana paling seram? Atau mungkin ada kisah lebih seram daripada empat kisah di atas?


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 26-8-2021 05:28 PM
cerita hantu asrama ni bullshit je lah.

1) masa aku belajar kat koleh matrik, batch sebelum nya & semua org kata kata block F yg aku tinggal tu berhantu sebab lama kosong (takda la lama 1 tahun je). tingkat 4 tu level bilik kawan aku, dia lek lek john je tinggal sorg2 kat tingkat 4 berbulan sebelum pihak kolej soh pindah tingkat 3. takda pon hantu kacau

2) masa aku sambung degree kat uitm, org kata  kolej aku tu berhantu, aku lek2 john juga tinggal sorg2 masa cuti semester sebab aku buat short course. takda pon hantu kacau, nampak bayang2 hantu pon takda
Quote SayaSayangMama 26-8-2021 06:25 PM
Mcm mcm asrama dah aku duduk xde jumpa hantu lagi.
Quote chipsmoremore 26-8-2021 11:08 PM
Sis dulu ade kisah seram stay srama ni, asrama ni kat Perak kome...

Awal 90an, tatkala tgh malam sis akan terjaga disebabkan ada bunyi org berjalan dgn bunyi kasut selipar basah cret...crett gitu,  padahal sis ni jenis berani , masa tulah bdn kremm x leh nak kejutkan kwn sblh, time tu la jugak bunyi anjing bersahut sahutan sis pun pelik kat area asrama  tu mana ada/ pernah terjumpa anjing, tp tiap kali benda tu muncul pasti hunyi anjing mendayu dayu seram mm oiii, lenjun baju sbb mengigil bdn kena lock, segala surah dibaca namun mmg dpt rasakan ada sesuatu dlm dorm yg sedang memerhti..sis pulak katil atas rasa mcm dia dok terpacak kat sblh muka je...

Bila cerita dgn kawan, depa bgtau kalo benda tu dtg kejutkan dia kat sblh,  Depa kata pak guard tp mana mungkin pak guard...sbb pak gad x meronda dlm kawasan asrama pempuan... time kena tulah bdn dah kena lock wehh... so x boleh kejutkan sesiapa sis pernah sekali kerasukan dan menangis x tentu arah kata diorg sis histeria.... diorg bacakan sis yasin huhu

Masa incident tu mmg sis kerap demam, jatuh sakit ...pelajaran pun x fokus, finally bapak sis bawak berubat dan decide keluar  dari asrama dan jadi student harian

Alhamdulillah sis kembali sihat bila stay kat rumah. Selepas tu sis x pernah diganggu benda misteri even pernah stay asrama semula masa form 4 dan U.

Tapi misteri tahun 1990 tu masih teringat sampai skrg, ape benda yg menggangu dan cerita ni mmg pengalaman seumur hidup yg x boleh dilupakan... {:hero
Quote lilac85 26-8-2021 11:29 PM
Teringat oernah tinggal dlm blok hostel sorg2 sbb nk siapkn fyp.
Quote Divoc 26-8-2021 11:50 PM
Sapa ada di TKC Seremban masa ada hantu Isabella 1989 sila angkat tangan.  Yang sampai polis perempuan temankan students tidur kat dorm tu.
Quote lilac85 27-8-2021 12:03 AM
Divoc replied at 26-8-2021 11:50 PM
Sapa ada di TKC Seremban masa ada hantu Isabella 1989 sila angkat tangan.  Yang sampai polis perempu ...

Story la. Nk tahu
Quote Thunderclouds 27-8-2021 12:52 AM
Sek men dok asrama,smbg study wajib dok kolej. Sem 456 dok luaq. Wpun duduk 6-7org 1 umah tetap la biasa duduk sensorg sbb ada yg jenis wiken wajib blk umah parents,yg tidoq umah sedara mara etc. Zmn start keja mnyewa bilik ngn last seblom kawin sewa flat 3bilik duduk sorg2 ja. All those times sumpah xpenah encountered menda2 mistik. And i keja shift yg slalu abeh kol 12-1am & trus gerak blk kg lalu hway karak yg ada 'penunggu'. Sgt la best lyn lap sbb lengang. Also no, xdak apa2 'kacau'. Smpai dh branak 3 belom lg ada pngalaman mistik. Sekian laporan.
Quote reynold00 27-8-2021 01:07 AM
Divoc replied at 26-8-2021 11:50 PM
Sapa ada di TKC Seremban masa ada hantu Isabella 1989 sila angkat tangan.  Yang sampai polis perempu ...

story la , nk tau gak
Quote Divoc 27-8-2021 01:58 AM
Edited by Divoc at 27-8-2021 02:14 AM
reynold00 replied at 27-8-2021 01:07 AM
story la , nk tau gak


Rumah Hijau yang kena.  Aku Rumah Merah.  Ada pernah dengar dorm Form 1 Rumah Hijau menjerit.  Kami sekadar dengar dari dorang je.  Tak sedar pun bila polis datang.  Tapi tengah malam memang kami ada dengar bunyi walkie-talkie polis lelaki.  Polis perempuan jaga dalam dorm Rumah Hijau.  Dorang kata kat balkoni ada orang nyanyi lagu Isabella sambil bunyi tongkat dia berdentang-dentung di sepanjang balkoni.  Pada subuh yang dorang berjaya halau hantu tu aku sendiri dengar bunyi suara jantan mengerang & melolong.  Memang kami dah kena warning supaya tidur je jangan masuk campur atau keluar masuk dorm.  Nasib la aku tak terkencing.  Toilet kat luar dorm.  Rumah Merah tak berapa tau gangguan yang sebenarnya macam mana.  Asrama perempuan ni biasanya orang minyak nak test power.  Tapi kami panggil dia Hantu Isabella sebab time tu lagu tu radio pun dok pasang.  Menang AJL pun.
Quote greantea 27-8-2021 08:51 AM
pernah dok asrama. tapi x pernah kena mana2 crite lejen asrama.
pernah jek main spirit of coin tu kat bilik tp xde ape pun y jadik. Alhamdulillah.
pernah budak histeria kat asrama. 2,3 kali org y sama. tp senior kata bukan histeria, gaduh ngan pakwe.
sekali jek kena kes histeria kat sekolah. sorg budak jek kena. xde jangkit2. balik dari kelas silat, katanya ada makhluk ikut dia.
Quote lilac85 27-8-2021 02:54 PM
Tak mistik. Tp pernah bertembung dgn penghendap pelajar perempuan mandi. Time tu dia lari keluar dari bilik air sebab bdk pompuan tu dah terjerit2. Cuakzz aku
Quote yenil95 27-8-2021 03:24 PM
Achik masa dok asrama ada jugak kena kacau..tapi achik blur blur..bila dah habis tu tu baru terfikir yang acik kena kacau dgn jin...
Quote Aikiko 27-8-2021 04:03 PM
Iols pun xpenah kena kacau walau berpindah randah asrama
Rasanyer yg xkena kacau is yg jenis xtinggal solat and berani
Betul tak?
Quote Hatida 28-8-2021 01:15 PM
xpernah ada pengalaman kena kacau hantu asrama@hostel sebab xpernah skolah berasrama. hakak skolah biasa je. tp ade la kutip pengalaman sikit masa program di politeknik dolu2. Program BTN (biro tatanegara) di Resort PCB Kota Bharu kalau tak silap.  Minggu suai kenal berkhemah di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir, Program Jatidiri di Telok Kalong Kemaman. Alhamdulillah tak teruk sangat gangguan tu.
Quote Fortiori02 28-8-2021 05:38 PM
Aku time sekola dulu ada pengalaman dok asrama. Time budak2 mana pikir hantu sume ni, so main redah je. Penah kawan2 sume gi prep, aku tinggal sorang kat dorm. Satu block asrama tutup lampu kalau time prep, so bergelap la aku sorang2 time tu. Tp alhamdulillah tak ada apa2 bnd & bunyi pelik pun.

Cuma pernah kecoh ada kawan aku nampak makhluk pendek kaler hijau tgh hisap pad berdarah yg student buang kat tong sampah toilet. Meraung2 kawan aku tu pas nampak bnd tu. Seb bek warden berjaya tenangkan dia.
Quote Fortiori02 28-8-2021 05:43 PM
Edited by Fortiori02 at 28-8-2021 05:45 PM
greantea replied at 27-8-2021 08:51 AM
pernah dok asrama. tapi x pernah kena mana2 crite lejen asrama.
pernah jek main spirit of coin tu k ...


Kalo dok asrama, spirit of d coin mmg tu mmg mainan wajib tuh. Kat asrama, even dlm class time tgh prep pun jalan je, seb bek tak x jd bnd bukan2.
Quote Fortiori02 28-8-2021 05:44 PM
Divoc replied at 26-8-2021 11:50 PM
Sapa ada di TKC Seremban masa ada hantu Isabella 1989 sila angkat tangan.  Yang sampai polis perempu ...

Skerinya....
Quote doubleharmonic 28-8-2021 10:05 PM
soooo boorringg dekkk. citer hantu asrama recycle sempena kabinet recycle abah mail ke ni dekk? balik2 hantu 123 lah makcik karipap lah hantu cindai lah apooo? ni zaman cobid pkp berbulan2 asrama terbiar kosong takkan takde hantu baru muncul dekk?
Quote tumpanglalu74 29-8-2021 01:49 AM
Fortiori02 replied at 28-8-2021 05:38 PM
Aku time sekola dulu ada pengalaman dok asrama. Time budak2 mana pikir hantu sume ni, so main redah  ...


Adoi..  Takkan tak perah dulu kot?  Itu yang sebaik2nye.  Dari balut sokabor le hape..  Tolong kabo kat anak2 kome perah pad tu bersih2 sampe putih balek pehtu nak campak tong sampah biase pon no hal.  Aku ade kenei akak cleaner kat 1 kompleks kajaan ney.  Dia cerite dia masok toilet dia nampak ade pompuan rambut panjang tengah muntah2.  Dia baru je nak tegor pehtu nampak dalam sink tu penoh darah.  Sink yang paling dekat dengan tong pad.  Dia memang jenis senang nampak pon.  2 minggu tak datang koje..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063871 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top