CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reaksi Adibah Noor Melihat Kucing Peliharaan Dijual Di Kaki Lima

26-8-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3454| Komen: 13

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tindakan segelintir pihak yang dilihat sewenang-wenangnya menjual kucing peliharaan secara terbuka di lokasi awam.








Foto tular tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi di kalangan ramai pihak. Ada juga menyifatkan tindakan berkenaan seolah-olah seperti ingin mengambil kesempatan.


Antara yang turut memberikan reaksinya berhubung isu tersebut termasuklah penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.



Menurut Adibah, sekiranya seseorang itu mempunyai niat untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, mereka sebenarnya boleh bermula dengan menjaga kucing-kucing di jalanan.



Kredit foto: Twitter

Reaksi tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Terlalu Istimewa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Katanya lagi, sekiranya dijaga dengan baik, kucing-kucing jalanan juga mampu untuk menjadi haiwan peliharaan yang cantik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang menjual kucing secara haram.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-8-2021 12:59 PM
Tu la pasal.. konon pencinta kucing katanya. Tp nak bela yg high end punya baka je. Tujuan nk post kat media sosial acah2 penyayang..
Quote fadz84 26-8-2021 01:03 PM
RatuDunia94 replied at 26-8-2021 12:59 PM
Tu la pasal.. konon pencinta kucing katanya. Tp nak bela yg high end punya baka je. Tujuan nk post k ...

Dah jadi penyakit zmn skrg.. semua bnda nk show off..
Quote bakingsoda 26-8-2021 01:06 PM
orang berpenyakit terpaling je nak memilih baka, dia punya kucing lah terpaling mahal, baka terpaling rare, domestik tak main la, import baru gah. jadi pencinta kucing aspek kebajikan no 1. jd kalau awal2 tak hingin pon pandang stray yg minta diadopt boleh gi mampos lah ngan cat lover wannabe kaww tuh puii
Quote spicygirl3 26-8-2021 01:23 PM
Siannya i tengok kucing ni
Quote mawarkhayalan99 26-8-2021 02:02 PM
masa iols nampak kucing ni kesian sangat tak terurus. tuan dia pun sama. takut jugak tuan dia buat bukan2 sbb nampak mcm imej rock kapak je. lokasi dekat stadium bola cheras.
Quote KIM.K 26-8-2021 02:14 PM
mawarkhayalan99 replied at 26-8-2021 02:02 PM
masa iols nampak kucing ni kesian sangat tak terurus. tuan dia pun sama. takut jugak tuan dia buat b ...

kucing curi tak
Quote mawarkhayalan99 26-8-2021 02:26 PM

tak pasti la kaka tapi memang kesian sbb tengah panas kucing tu duk je kt situ. ada tali so kucing tu tak boleh merayap jauh. lepastu letak harga kemain 800. bersih2 kan la sikit kucing tu. takyah la angkut kucing tu dekat tempat panas gitu. tak boleh brain la iols.
Quote nakkomenjugak 26-8-2021 02:30 PM
kesiannya kucing2 tu.
dah ada tuan baru belum?
Quote KIM.K 26-8-2021 03:38 PM
mawarkhayalan99 replied at 26-8-2021 02:26 PM
tak pasti la kaka tapi memang kesian sbb tengah panas kucing tu duk je kt situ. ada tali so kucing ...

itu menyeksa haiwan. kena report polis dan ngo.saman pakcik tu jual tempat tak berlesen
Quote sampaihatiTun 26-8-2021 03:40 PM
Syurga buat mu Kak Dib..
Quote bankerpencen 26-8-2021 03:58 PM
Edited by bankerpencen at 26-8-2021 03:59 PM

Aku memang menyampah org acah cat lover padahal suka yang baka, gebu2 je.

Aku asalnya takde kucing, ada 2 ekor kucing stray bunting beranak belakang rumah aku... anak bulus semua long hair, mix scottish fold padahal maknya stray cat je. Sekarang maknya yang dulunya kurus keding, bulu pun gugur2, dah sihat dah aku gi hantar vet bagai.

Sampai hati dok breed kucing lepas tu jual... takpun curi kucing orang lepas tu nak jual mahal2. Haram menganiaya binatang.
Quote adikfatin 26-8-2021 08:51 PM
Taak masalabnya skrg kau pon jumpak kucing tu tetiba nak jual. Haha org yg jual tu pon gamak eh
Quote blackpaper 26-8-2021 09:24 PM
aku memang sumpah je org yg jual dan seksa kucing ni....
benci btol aku...
sama la mcm yg bela kucing tapi kurung 24jam dlm sangkar.....
baik bela ayam klu nk kurung je.....
nk bela pet kena berkorban....
lepas kan kucing tu dlm rumah tpi bkn lepas bebas berak kencing rumah jiran & bkn kurung dlm sangkar sempit .....bodo bangang setan gondol punya org...yihhhhh benci lah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.031374 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top