CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Antibodi Llama Boleh Meneutralkan Varian Delta?

25-8-2021 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2108| Komen: 15

Antibodi haiwan Llama kemungkinan besar akan mempunyai peranan global dalam membantu memerangi Covid-19.

Berita Mediacorp melaporkan, ini sekiranya ujian klinikal yang dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti dijanjikan, menurut Reuters.


Penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent berkata, antibodi yang diambil daripada seekor Llama yang diberi nama ‘Winter’ itu berjaya menghentikan penularan koronavirus termasuk variannya di dalam ujian makmal.


Kredit foto: Reuters

“Teknologi yang merupakan kemajuan terbesar ini dilihat dapat meningkatkan peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem berdaya tahan yang lemah, selain merawat para individu yang dijangkiti di hospital,” kata Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago.


“Antibodi Llama yang luar biasa dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada S Protein virus dan kami tidak melihat mutasi pada kadar tinggi di sana,” katanya.

Antibodi itu juga menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular.

Menurut Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, seperti Llama dan spesis unta yang lain, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil dan stabil berbanding haiwan-haiwan yang lain.

“Saiznya yang kecil membolehkan ia untuk mencapai sasaran hingga ke bahagian virus yang sukar diakses oleh antibodi biasa,” katanya.

Pencarian bagi rawatan Covid-19 itu adalah susulan kepada kajian yang dijalankan pada 2016 melibatkan penggunaan antibodi haiwan Illama untuk melawan virus SARS dan MERS.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuchenta 25-8-2021 06:17 PM
Comel llama
Quote Minami2013 25-8-2021 06:20 PM
Baru baca news ni kat fb. Hopefully jadikan lah penawar pesakit covid bukan vaksin. Penat dah baca theory conspiracy antivaks ni. So kalau dah ada ubat kepada pesakit covid, moga2 penyakit ni berkurang dan kita slowly develop imuniti naturally.
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 06:55 PM
iol selalu kompius llama dan alpaca
Quote edayildiz 25-8-2021 07:08 PM
Edited by edayildiz at 25-8-2021 07:10 PM

i do hope this works..well, at least we won't have to worry about those pesky drug trials anymore
Quote angelofish 25-8-2021 07:46 PM
Llama adalah bangsa unta.
Quote Belibis 25-8-2021 07:57 PM
Takkan tokey beksin nak diamkan diri begitu mudah.
Quote CiliPadiSedap 25-8-2021 08:20 PM
Edited by CiliPadiSedap at 25-8-2021 08:24 PM



cuba guna cicak tokek

[youtube]06LDmhzAh8Y[/youtube]
Quote LadyCarefree 25-8-2021 08:27 PM
angelofish replied at 25-8-2021 06:46 PM
Llama adalah bangsa unta.

Elhemdolilla
Quote noor2 25-8-2021 08:28 PM
Jgnla dibunuh ilama...
Quote edayildiz 25-8-2021 08:29 PM
deyols ni distant relative alpaca kheun
Quote brego 25-8-2021 08:30 PM
Quote _blackbird 25-8-2021 09:13 PM
Tak sabar nak makan pop corn sambil tgk geng antivax & geng peta & vegan bercakaran
Quote fizamn 25-8-2021 09:20 PM
Hahahha ivermectin sungguh hehehehe..
Quote ninja9 25-8-2021 09:35 PM
mcm mana boleh terfikir Llama.. knp bukan kucing? kambing? kuda? zirafa   ... klu dah desperate manusia boleh jadi sangat kreatif...
Quote sekngucing 25-8-2021 09:45 PM
nakkomenjugak replied at 25-8-2021 06:55 PM
iol selalu kompius llama dan alpaca

alpaca lebih rendah dan muka. mcm biri biri.. llama ni tinggi.. muka mcm unta..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.134844 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top