CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad Ambil Vaksin Untuk Berdakwah- "Ustaz-Ustaz Saya Semuanya Ambil"

24-8-2021 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4139| Komen: 20

"Vaksin itu 'duduk' dalam ikhtiar," kata pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad ketika diminta mengulas mengenai pengambilan vaksin yang ditolak sesetengah individu dengan mengaitkan agama sebagai alasan.


Nabil ketika dihubungi berkata, dia juga merujuk beberapa ustaz yang mengajarnya dan bertanya mengenai pengambilan vaksin Covid-19.


Foto: IG

"Kita takut benda yang kita tak tahu sama ada betul atau tak sebab kita dengar macam-macam benda. Saya ambil sebab ustaz-ustaz saya yang belajar agama dari kecil sampai dah tua, semuanya ambil. Mereka ambil sebab itu adalah ikhtiar," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sekiranya pengambilan vaksin adalah satu langkah untuk memudahkan mereka bergerak dan berdakwah, kenapa ia perlu ditolak.



"Kalau ini jalan untuk kita boleh bergerak dan buat berdakwah, beritahu orang mengenai Allah dan Nabi, mereka ambil vaksin.

"Mereka nak sampaikan agama dan berdakwah. Kalau tak, tak boleh bergerak dan bagaimana mereka nak mengajar agama," katanya.

Menurutnya, dia menyerahkan perkara mengenai kesihatan dan kemudaratan kepada Allah sepenuhnya.




"Sihat dan mudarat, mereka (guru-gurunya) letakkan 100 peratus kepada Allah. Kita ambil mana yang memudahkan diri kita. Itu semua demi memelihara ukhwah dan semangat agama kita. Mati itu takdir Allah. Kalau ambil vaksin atau tidak, itulah tarikh dan waktu yang kita takkan boleh elak," katanya.

Nabil yang cukup popular sebagai pengacara untuk beberapa program TV kini dilihat mula melakukan penghijrahan ke arah kebaikan dan perubahannya itu dilihat menyentuh hati banyak pihak. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 24-8-2021 05:08 PM
Still bodoh gaklah. Bukannya nak educate diri pasal vaksin. Tanya tokguru gak. Lol. Oklah at least ko amek beksin.
Quote Kurex 24-8-2021 05:37 PM
asalkan kau ambik & jumpa ostad2 yang galakkan ambik
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:40 PM
asalkan hambek suda
Quote annadonna 24-8-2021 10:05 PM
LadyCarefree replied at 24-8-2021 05:08 PM
Still bodoh gaklah. Bukannya nak educate diri pasal vaksin. Tanya tokguru gak. Lol. Oklah at least k ...

Okaylah kot ada juga perspektif lain org nak follow. Kalau ckp dari segi saintifik pun org masih hanjengkan aje vaksin nih kot kot cakap dari perspektif ustaz adalah juga kot manfaatnya
Quote imanjannah 24-8-2021 10:34 PM
bagus Nabil dalam hal ni, sebarkan kebaikan
Quote blue^panther 25-8-2021 07:24 AM
Aku tengok IMAM MASJIDIL HARAM pon amek vaksin, takkan la takat ustaz2 Malaysia ni nak claim lebih2 dari Imam Masjidil Haram tu kan...... Tu pon salah satu sebab aku redha amek vaksin ni, derang dah hafal alquran dari kecik....ayat2 alquran pon dh jadik darah daging, duduk mekah makanan sunnah pon berlambak2 still amek vaksin.......
Quote dino 25-8-2021 07:42 AM
blue^panther replied at 25-8-2021 07:24 AM
Aku tengok IMAM MASJIDIL HARAM pon amek vaksin, takkan la takat ustaz2 Malaysia ni nak claim lebih2  ...

yg taknak vaksin tu dah masuk perangkap yahudi sbnrnya.. bygkan negara kaya lg dpt byk bekalan.. negara miskin tertinggal

dgn dakyah yahudi bagai mcm dok target msia je.. haha

punya la bengap percaya ade chip haha
Quote awenda507 25-8-2021 07:45 AM
Mujur la dia pro vaksin
Quote missHaidiD 25-8-2021 07:56 AM
Kira sohai terpaling tu pangkt lg besar dr imam.masjidil haram la kan.


Jantan paling loserrrr dlm msia. Hidup makn tido live nyanyi buka baju. Untung bini bodo dia dpt laki malas nk mamp
Quote Orix 25-8-2021 07:24 PM
Complicated nya pemikiran ummah isele kuno sebegini. Hadoi la.
Quote MoneyMatters 25-8-2021 07:28 PM
missHaidiD replied at 25-8-2021 07:56 AM
Kira sohai terpaling tu pangkt lg besar dr imam.masjidil haram la kan.



Kira sesuai la sengal sama sengal. Bagus Nabil n wife dah ambil vaksin dan sebarkan kebaikan vaksin
Quote makadek 25-8-2021 07:41 PM
P join firdaus wong
Udah2la idolakan si cendawan tu
Quote princessmiang 25-8-2021 08:26 PM
Pesan pada Nabil ni bersederhana jelah yea...ada orang incess kenal Gini lah masa berubah kemahin terpaling yizlumik.....sekali jumpa sekarang rambut perang seluar pendek sokmo...Iman turun naik so baiklah bersederhana
Quote stania83 25-8-2021 08:33 PM
nabil ni lama lama boleh isim ni..
Quote Nham22 25-8-2021 08:38 PM
Kdg2x pikiran manusia kite xtau... Doa yg terbaik sajalah mudah2x dipermudahkan urusan nabil...
Quote blue^panther 25-8-2021 08:58 PM
missHaidiD replied at 25-8-2021 07:56 AM
Kira sohai terpaling tu pangkt lg besar dr imam.masjidil haram la kan.



Sohai ni dia dengan sapa2 pon dia rasa di lagi pandai, bukan setakat imam masjidil haram jer......dengan angkasawan sekali dia kata menipu, claim bumi leper tp sampai sekarang tak jumpa bucunya kat mana....wakakaka....
Quote Perk77 26-8-2021 07:19 AM
Nabil dlm FASA eksited ...tu je Aku nk ckp...
Quote me12345 26-8-2021 07:40 AM
Bagus lah..jd contoh kt yg anti vaks...ramai je artis yg anti vaks ni diam diam
Quote ladybugz 26-8-2021 08:29 AM
bagus nabil war war kannmende ni. nk kaji betul2 pi duk dalam lab sendiri dan ambil sampel covid tu sendiri n buat la eksperimen. puak2 anti vaksin ni suka ambik somethg bad about vaccine and blow it out of proportion sampaikan dah x reti nk guna prinsip kajian yg betul. lepas tu mula la berselindung disebalik agama utk justify their action. bila balas balik guna hujah2 org2 agama yg ambil vaccine pastu keluarkan pulak article pasal aefi yg berapa percentage shj tu di seluruh dunia. cuba la guna prinsip kaedah kajian yg betul, baru la lurus ikhtiar kita nk lawan pandemik ni.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.103906 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top