|
Pelbagai usaha antivaksin menyebarkan dakyah mereka bagi mempengaruhi orang ramai. Terbaru, tular pendedahan kononnya warna darah berubah mengikut jenis vaksin diambil yang kononnya berbeza dengan darah orang yang belum divaksin.
Menerusi posting di Facebook, individu berkenaan mendakwa perubahan itu dikesan selepas menjalani proses bekam. Siap diasingkan darah mengikut jenis vaksin seperti Pfizer dan Sinovac yang dibiarkan dalam beberapa minit usai berbekam.
"Sinovac bertukar macam nanah, Pfizer bertukar macam air kencing," katanya. Hantaran itu dikhuatiri mengelirukan dan merosak pemikiran orang ramai terutama warga emas yang mudah percaya dengan apa yang diuar-uarkan di laman sosial. Berikutan itu, beberapa doktor tampil memberi penjelasan berhubung dakyah antivaksin terbabit. Aik, salah vaksin pula darah berubah warna? Lepas ni idea atau dakyah apa pula yang akan disampaikan? - CARI
|
LadyCarefree replied at 24-8-2021 05:04 PM
Mana abang belastop?
kalau sebelum ambik darah kau tak puasa dulu,lepas tu makan makanan berlemak sbg contoh, berkemungkinan warna plasma akan jadi keruh macam nanah tp bukan nanah ye...benda dari zaman tok kaduk memang macam ni kau jangan nak buat cerita sebab vaksin covid pulak....tu la, lain kali belajar sungguh2...ni masa kat sekolah ponteng..lepas tu pandai2 buat teori bodoh kau tu...atira replied at 24-8-2021 02:26 PM
ni masalahnye malas pi sekolah
bekam tu buang darah kotor je..harap maklum...
ADVERTISEMENT