CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pelawak Itu Bantu Siasatan Je, Takkan Didakwa'

24-8-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1995| Komen: 6

Description: Pelawak yang sebelum ini didakwa terbabit kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan tidak akan didakwa di mahkamah.
Pelawak yang sebelum ini didakwa terbabit kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan tidak akan didakwa di mahkamah.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata sebaliknya dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, esok berhubung kes itu.



Menurutnya, kedua-dua individu itu dijangka didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

"Penahanan pelawak terbabit sebelum ini hanya bagi membantu siasatan kes berkenaan dan dia tidak akan didakwa di mahkamah esok (hari ini)," katanya.


Sebelum ini media melaporkan seorang pelawak berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Op Pintas.

Dalam operasi berkenaan, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di daerah berkenaan dan kini wanita berkenaan mendapat perintah perlindungan sementara serta ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pelawak berkenaan turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 23-8-2021 09:04 PM
iol tak boleh get over satu ni
pelawak tu memang boypreng dat lady ke hapo?
Quote 3chanceno 23-8-2021 09:27 PM
Lorrr..laporan polis ada nama pelawak tu

Quote TeropongThaico 23-8-2021 10:02 PM
So laporan yg berterbangan selama ini yg ada nama tu betul ke idak?
Quote makcikbukantora 24-8-2021 12:41 PM
dia bawak petai je uolsss sampai kena siasatttt
Quote CikYaYaYa 24-8-2021 01:41 PM
So laporan polis yang ada nama pelawak tu fake ke..? Haaa sudahhh rmaii laa kena mrangkak mintak maap dengan pelawak iteww termasuklah iols  
Quote Syd 24-8-2021 02:01 PM
Wanita tawar khidmat s3ks didenda RM4,000

Oleh NOR AINNA HAMZAH
24 Ogos 2021, 12:48 pm

KUALA PILAH – Seorang wanita yang masih bujang didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundal@n dengan menawarkan khidmat s3ks.

Jika gagal membuat pembayaran, wanita berkenaan akan berhadapan dengan hukuman penjara lima bulan.

Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan berkenaan dihadapan Majistret, Saiful Sayoti selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel, tertuduh telah mencari langg@nan bagi maksud persundal@n.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan persundalan.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nur’Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Seksyen, di sini, seorang lelaki mengaku tidak bersalah menjadi orang tengah bagi persundalan ke atas Junaidah pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel.

Tertuduh, Lim Kevin, 38, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372(1) (f) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tempoh 15 tahun, sebatan dan denda.

Norma kemudiannya menawarkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes adalah pada 23 September ini.

Selain itu, Norma turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menganggu saksi dan dikehendaki lapor diri di balai terhampir pada setiap bulan.

Pendakwaan dilakukan DPP, Christhoper Enteri Anak Mawan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! Online 3 Ogos lalu melaporkan seorang pelawak berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Ops Pintas.

Pelawak berkenaan turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Bagaimanapun, pelawak berkenaan yang sebelum ini disebut tidak dihadapkan ke mahkamah kerana penahanannya hanyalah bagi membantu siasatan kes berkenaan sahaja.-K! ONLINE

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.276693 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top