CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Menahan Sakit Itu Penat"- Elyana Makin Susut, Tinggal 35kg Saja

24-8-2021 12:10 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6289| Komen: 20|Original author: Oleh: Cari-Azza



Penyanyi, Elyana memuat naik status kesihatan terkininya yang semakin menyusut. Dengan berat badan menurun sehingga 35kg, Elyana tetap tersenyum dalam gambar-gambarnya.

Namun, kapsyen yang meletakkan lagu Sepi dendangan Yuni Shara menimbulkan pertanyaan, seberat manakah kesakitan itu? Dan penyanyi itu melakarkan isi hatinya melalui IG Story.





Dengan menghidap Kanser Limfoma tahap empat, Elyana ternyata tidak dapat menahan sakit yang yang mengalir ke seluruh badannya dan dalam masa sama terpaksa berpura-pura menyatakan dirinya okey.

"Sakit yang tak pernah surut, terbaring dalam bilik, sambil dengar suara anak. Kau nak, tapi tidak ada daya."


Foto: IG

Menurut Elyana lagi, menahan sakit itu sangat penat, namun terpaksa disembunyikan untuk keluarga tersayang. Bimbang mereka akan lebih risau.



Foto: IG

Biarpun doa dan kata-kata semangat menjadi pembakar semangat namun kesakitan itu menjalar sehingga tidak mampu ditahannya.

Semoga Elyana terus kuat dan kembali sembuh. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 24-8-2021 12:18 PM
Lain mcm aje ni. Ni macam bukan sakit fizikal aje tapi lebih kpd luahan sakit hati/jiwa/perasaan. Stay strong elyana.
Quote sr10 24-8-2021 12:22 PM
bersabarlah sayang. sakit itu penghapus dosa, tanda Allah sayang. pernah dengar ceramah ustaz wadi. risaulah kita seandainya tidak diuji langsung dengan kesakitan dan penderitaan. takut Allah dah tak pandang kita, Allah tak mau kat kita. Insyaallah perginya kita nanti dalam keadaan terhapus dosa dan bahagia disana, tiada lagi kesakitan, kebahagiaan hakiki. jangan bersedih, itu tanda Allah sayang dan nak kita ke syurga.
Quote HoneyManjer 24-8-2021 12:50 PM
ayat motivasi dari Rasululah semasa baginda nak wafat

"lepas ni dah tak ada lagi dah kesakitan"

stay strong!!
Quote amira_safia 24-8-2021 01:26 PM
Hanya yang mengalami saja tau betapa sakitnya kemoterapi ...
Quote tumpanglalu74 24-8-2021 01:29 PM
Kesian.  35kg je..
Quote sk8er 24-8-2021 01:51 PM
stay strong el.
masa dia nyanyi lagu ni di GV, mmg terasa sedihnya. lagi sedih sbb dia terkeluar minggu tu sedangkan nyanyian dia ok.
Quote lilac85 24-8-2021 01:55 PM
Semoga cepat sembuh
Quote Thunderclouds 24-8-2021 02:25 PM
Yg dh penah rasa kimo ja paham. Ada yg give up lepas sekali,yg dh half way give up sbb xtahan. Tgh kimo ulang muntah ulang kencing perut cramped. Sakit dia pas 2mggu br leh function seblom kna repeat the cycle. Urat kiri kanan yg dok guna masuk ubt smpi la hitam. Tu belom lg yg kena cucuk ubt kt perut hari2 utk naikkn sel darah merah biru kuning. Belom lg sembang mood swings. Eh..mcm2 lar. Sbb tu ramai yg xmau opt fr kimo treatment carik alternative xtahan. Lain org lain pngalman. Mmg xsama. Elyana ni dh bpa lama fight. Dh brapa byk kimo cycle dia complete. Mudah2an beroleh kesembuhan & dpnjngkn usia elyana.
Quote elnor_81 24-8-2021 07:39 PM
Org skt x sme ngan org sihat emosinya.. kita yg sihat juz mampu ckp..bersabarlah...tp.org skt je.yg rse.. dlman dh haywired.
Aku igt kata2 seorg doctor dulu... Mulut kita hanya mampu nasihat..tp kita x berada di tempat pesakit tu...(merujuk mse arwah asben aku kritikal dulu..)
Quote Diamje 24-8-2021 07:49 PM
I ada dgr..tp tak tahu la betul ke tak.. doktor  yg rawat elyana ni rawat anak my friend. Doktor tu ckp el ni skip chemo. Tak dtg rawatan masa mula2 die kene kanser ni dulu. El ni kene kanser limfoma hodgkin. Which is jenis ni potensi utk sembuh sgt tinggi. Tp mesti ikut semua rawatan yg doktor buat. Sakit rawatan tu semua..tak semua org boleh lalui.. kan ada berita elyana buat rawatan alternatif sampai ke indon kan. Malangnya el terpaksa menanggung sakit ni lebih lama sbb tak mendapat rawatan yang sepatutnya. I slalu ckp dlm hati. El ni panjang umur.. lama dh die sakit..tp tup tup org lain yg pergi dulu.
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:16 PM
alahaiii...
yelaa kita pun takde kat tempat dia
nak cakap bertahan pun
dia memang dah letih tahan sakit
Quote ciksaenara 24-8-2021 09:22 PM
Semoga terus kuat
Quote awenda507 26-8-2021 04:23 PM
Semoga terus kuat dan tabah
Quote dejure 26-8-2021 04:28 PM
Hari tu kata dah naik balik berat dia? Ni berita lama ke berita baru?
Quote imanjannah 26-8-2021 04:44 PM
hari tu mcm naik sikit, ni dah tinggal 35kg je, moga  elyana tabah, dipermudahkan urusanmu dik
Quote nura19 26-8-2021 04:58 PM
Semoga terus kuat
Quote anggeriklatifah 26-8-2021 05:07 PM
Elyana aku rse dia cuba pujuk diri dia stay positive
Dia cuba set kan minda dia supaya jgn fikir bukan2

IG dia penuh dgn senyuman&keceriaan

Dia memg sedaya upaya stay strong selalu
Tapi cam diri dia cakap dia bleh nak tipu deritanya diri dia tahan sakit

Semoga Elyanna lekas sembuh dan panjang umur..Aminnnn

Tapi satu je...jgn bantai semua maknnnnannn ye Elll pleasee
makan yg berkhasiat2 je yeee
Quote m2506 26-8-2021 05:10 PM
semoga terus kuat yea...
Quote lazim 26-8-2021 06:50 PM
Diamje replied at 24-8-2021 07:49 PM
I ada dgr..tp tak tahu la betul ke tak.. doktor  yg rawat elyana ni rawat anak my friend. Doktor tu  ...

mmg btl pon..el xnk teruskan kimo yg awal tu dia pnh cerita,husband dia pon pon xdpt pujuk.. bila parah bru buat blk

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.050560 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top