Sambutan orang ramai untuk menyertai kem motivasi dan bina semangat, ceramah dan seminar kendalian Ustaz Ebit Lew semakin mendapat tumpuan di sebalik apa yang berlaku ketika ini ke atas penceramah terkenal itu.
Jurucakap urusetia kem tersebut berkata, ketika ini semua urusan kem motivasi dilakukan secara online ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa bagi mengekang penularan Covid-19. “Setakat ini, pendaftaran masih berjalan seperti biasa dan semakin mendapat sambutan. Apa yang berlaku ke atas ustaz seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan pun. “Ramai yang sayang dengan ustaz dan kita berharap agar apa yang berlaku akan segera berakhir dan segala urusan dapat kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.
Baru-baru ini, imej Ebit selaku penceramah terkenal sedikit tercalar apabila terpalit dengan isu bantuan ke Gaza yang didakwa menggunakan cara salah untuk masuk ke Palestin seperti yang dikatakan oleh penyanyi Caprice. Lebih mengusutkan keadaan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut membuat dakwaan yang sama apabila mengeluarkan kenyataan Ebit membayar syarkat Hala untuk ke Gaza. Semalam, Ebit dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds: Religion is such a lucrative business. Regardless apa2 religion sekalipn.
ADVERTISEMENT