Biarpun usianya menghampiri separuh abad, namun kelincahan pelakon dan pengacara Didie Alias yang aktif menari untuk menghiburkan peminat di aplikasi TikTok meraih perhatian ramai.
Didie yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 hari ini berkata, apa yang dilakukan itu adalah salah satu terapi untuk dirinya kekal aktif dan sentiasa berada dalam keadaan sihat. "Saya memang seorang yang aktif. Kalau duduk diam saja saya akan rasa diri mudah jatuh sakit. "Lagipun pergerakan yang dilakukan adalah salah satu senaman. Jangan fikir umur semakin meningkat kita akan melalui zaman tua saja, tapi kena juga pastikan diri sentiasa sihat. Saya rajin berlari atas threadmill, berbasikal dan mengamalkan supplemen kesihatan," katanya.
|
JohnyEnglish replied at 17-8-2021 05:52 PM
Masih ada yg x trkesan dgn kematian rakan2 seperjuangn yer.gelek selagi bolh
laradelara replied at 17-8-2021 05:27 PM
Prnh jumpa dia bfore pkp. Masih cantik & awet muda. Agaknya sbb dia happy go lucky lah yg nmpk muda ...
ADVERTISEMENT