CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Ditembak 4 Das Ketika Memandu Di Bukit Rahman Putra

16-8-2021 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5540| Komen: 27

Seorang lelaki maut selepas ditembak empat das oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh di sini, pada Isnin.


Polis sedang memeriksa di lokasi kejadian di Bukit Rahman Putra di sini pada Isnin. Gambar kecil: Shafa'aton


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam memaklumkan bahawa seorang lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover ditembak pada jam 1.30 petang.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa berusia 42 tahun ditembak sebanyak empat das.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.15 petang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Kredit foto: Utusan


Shafa'aton berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dam kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 16-8-2021 03:56 PM
Edited by edayildiz at 16-8-2021 03:57 PM

takutnya..dendam kot..dulu kt satu negeri tu ada pembunuh upahan..selalu jd kes tembak2 gini..pastu pembunuh upahan tu dah kena tembak ngn polis masa mlm raya terus xdgr sgt dh kes tembak kt negeri tu.
Quote None68 16-8-2021 04:31 PM
Mesti ada kes punyalah kan..
Quote R2D2 16-8-2021 04:36 PM
‘Orang kuat’ kumpulan gangster dipercayai ditembak
    Oleh MASZUREEN HADZMAN
    16 Ogos 2021, 4:24 pm

PETALING JAYA: Polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tembak membabitkan seorang lelaki dalam kejadian Ascort Hill Golf Course, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, kata beliau, identiti pelaku masih tidak dapat dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan.

“Betul ada kejadian tembak, suspek sedang dikesan. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara, satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, mangsa yang maut adalah ‘orang kuat’ sebuah kumpulan gangster di Selangor.

Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai perkara itu.


Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan satu kejadian tembak berlaku di Ascort Hill Golf Course, Bukit Rahman Putra.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi, mangsa seorang lelaki maut sebaik sahaja tiba di hospital bagi mendapatkan rawatan.

Hasil maklumat awam mendapati mangsa cedera selepas ditembak tiga das tembakan di badan. – UTUSAN ONLINE
Quote miszclassique 16-8-2021 04:57 PM
Wah2 orang kuat kumpulan gengster pun hujung2 larik pi spital eh...berebut kawasan ke, RIP dan takziah
Quote dua_chzy 16-8-2021 05:01 PM
R2D2 replied at 16-8-2021 04:36 PM
‘Orang kuat’ kumpulan gangster dipercayai ditembak
    Oleh MASZUREEN HADZMAN
    16 Ogos 2021,  ...

Oh gengster. Cash. Selayaknya. Karma. No nice wishes for you.
Quote MsPercy 16-8-2021 10:25 PM
Ok klo gengster, i xde ucapan nk bg
Quote delia3003 16-8-2021 10:32 PM
Tengahari tu kena tembak. Serrrram.
Quote Tinot7 16-8-2021 11:12 PM
edayildiz replied at 16-8-2021 03:56 PM
takutnya..dendam kot..dulu kt satu negeri tu ada pembunuh upahan..selalu jd kes tembak2 gini..pastu  ...

Ni sumer bkn ke kat negeri yg slalu takde air tuh?

Dolu2 kawan iols habaq kat negeri takde ayaq nih pembunuh upahan bg callcard depa.. rega 3k jahh nak bunuh org.. giteww..
Quote pu3_rania 16-8-2021 11:17 PM
Tinot7 replied at 16-8-2021 11:12 PM
Ni sumer bkn ke kat negeri yg slalu takde air tuh?

Dolu2 kawan iols habaq kat negeri takde ayaq ...

Murahnya dengan harga upah membunuh serendah 3K boleh 'ON' untuk melayangkan 1 nyawa
Scary nyerrr
Quote Babai 16-8-2021 11:21 PM
dua_chzy replied at 16-8-2021 05:01 PM
Oh gengster. Cash. Selayaknya. Karma. No nice wishes for you.

Kalau gangster memang elok sangat la
Quote edayildiz 16-8-2021 11:26 PM
Tinot7 replied at 16-8-2021 11:12 PM
Ni sumer bkn ke kat negeri yg slalu takde air tuh?

Dolu2 kawan iols habaq kat negeri takde ayaq ...

negeri takde air tu slgr kan?yg byr murah2 dulu kecoh jap kt kelantan..dh mati dh pembunuh upahan tu..byrn dia bwh 2k gitu jer..time heols ada mmg selalu kuar kes tembak belah sana..ada sorg tu cikgu kena bunuh depan sekolah..scary.
Quote Tinot7 16-8-2021 11:30 PM
pu3_rania replied at 16-8-2021 11:17 PM
Murahnya dengan harga upah membunuh serendah 3K boleh 'ON' untuk melayangkan 1 nyawa
Scary nyerrr

Mmg skeri.. iols dgr jahh dia citer..
Quote Tinot7 16-8-2021 11:31 PM
edayildiz replied at 16-8-2021 11:26 PM
negeri takde air tu slgr kan?yg byr murah2 dulu kecoh jap kt kelantan..dh mati dh pembunuh upahan  ...

Isk.. cikgu pun jadi mangsa..
Quote misuke 17-8-2021 12:11 AM
Siap la konco2 mengganas nanti
Quote Xim 17-8-2021 12:18 AM
Tinot7 replied at 16-8-2021 11:12 PM
Ni sumer bkn ke kat negeri yg slalu takde air tuh?

Dolu2 kawan iols habaq kat negeri takde ayaq ...

3k? Murahnya harga diri nak lenyapkan org....
Quote Tinot7 17-8-2021 12:30 AM
Xim replied at 17-8-2021 12:18 AM
3k? Murahnya harga diri nak lenyapkan org....

Itu gaji bg depa... rega sebuah nyawa..
Quote Dovahkiin 17-8-2021 06:53 AM
Kadang2 susah sgt nak sabit kesalahan atau dpt bukti, kasi tembak je. Tgk peluru tu ada tanda ke tak. Ada tanda, NFA je.
Quote sukacactus 17-8-2021 07:16 AM
Org kuat tak berapa kuat
Kena peluru, tumbang jua
Quote me12345 17-8-2021 07:34 AM
Kongsi gelap berebut jawatan ke ni...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065065 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top