Sharifah Rose benci bila dibandingkan dengan orang lain. Pelakon itu menyatakan perasaanya selepas ditanya oleh pengikutnya tentang perkara yang membuatkan dia berasa kurang senang dan cara bagaimana dia menangani masalah tersebut.
"Saya tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Perbuatan itu membuatkan saya berasa kurang dihargai. "Apabila orang bercakap tentang kekurangan saya pada wajah atau sesuatu pada anggota badan saya, saya sebenarnya terlalu memikirkannya. Sebab saya sendiri akan sedar perubahan pada badan saya,"katanya. Tambah Rose dia akan menangani masalah tersebut dengan bercakap dengan ibu bapanya.
"Sekurang-kurangnya boleh melegakan hati. Sejujurnya saya fikir media sosial memainkan peranan dalam hal ini apabila pengguna mempunyai standard kecantikan mereka tersendiri. "Jika anda tidak memenuhinya, anda akan rasa kurang dihargai."
|
sharlenetexas replied at 16-8-2021 02:49 PM
Setelah diamati rupa paras sheols sama seperti leluhur lain. Takdelah hype sangat. Tiada perempuan y ...
bankerpencen: Tengok muka dia takde mekap, biasa sangat sangat. Tu insecure kot. Cantik sebab makeup semata-mata.
Whitepinkrider: dah tu ape.. next.. ko belakon pn mcm lauk.
smeetasmitten replied at 17-8-2021 10:22 AM
Basic 2.0
Insecure sbb kena compare dgn tyra ke?
mendeluk replied at 17-8-2021 11:14 AM
Eww weyh tyra pun eww sangat. Kau pergi bod lain lah gi baca ramai orang tak minat Tyra ini.
LadyCarefree replied at 17-8-2021 12:47 PM
Tyra mula2 femes sbb tipu result.
2nd time femes sbb kapel dgn anak tiri tokti.
ADVERTISEMENT