CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Sama-sama Setting Motor, Kini Sama-sama Gali Kubur

16-8-2021 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2212| Komen: 11

Description: Penularan Covid-19 telah mengubah sikap sekumpulan mat rempit untuk berhijrah ke arah kerja yang mulia dengan menjadi penggali kubur.
Penularan Covid-19 telah mengubah sikap sekumpulan mat rempit untuk berhijrah ke arah kerja yang mulia dengan menjadi penggali kubur.

Kebanyakan mereka yang berumur 20-an itu sebelum ini sering menghabiskan masa melepak di kedai motosikal untuk mengubah suai kenderaan.


Namun, kumpulan yang dikenali sebagai Unit Angkasawan Sertik itu kini giat me-lakukan kerja-kerja menguruskan pengebumian jenazah mangsa Covid-19 di sekitar Felda Sertik di sini.


UNIT Angkasawan Sertik menguruskan jenazah Covid-19 di Tanah Perkuburan Felda Sertik, Bentong baru-baru ini.

Mohamad Zainon, 47, berkata, dia dan rakan-rakan lain yang berusia 20-an membuat keputusan menjadi penggali kubur jenazah Covid-19 susulan keperluan tenaga kerja bagi menguruskan jenazah pesakit tersebut di kawasan itu.

“Jika berlaku kematian akibat Covid-19, tidak ramai yang berani menguruskan jenazah. Jadi, saya bertanyakan kepada budak-budak motor dan mengajak mereka menyertai unit ini dan mereka terus bersetuju.


“Jika dahulu kami sama-sama setting motosikal di lebuh raya, tetapi kini semua telah sama-sama menjadi penggali kubur,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, dengan bimbingan Jabatan Kesihatan dan juga Pengerusi Unit Angkasawan Sertik, Amel Saad, 60, yang berpe-ngalaman dalam menguruskan kes kematian, mereka kini mampu melaksanakan tugas itu dengan baik dan lancar.

Sementara itu, Amel yang juga Bendahari Khairat Kematian Felda Sertik berkata, sehingga kini sebanyak tujuh jenazah pesakit Covid-19 telah diuruskan oleh unit berkenaan.

Ujarnya, pengebumian jena-zah di tanah perkuburan Islam Felda Sertik dilakukan tanpa menggunakan jengkaut memandangkan jentera itu tidak dapat melalui kawasan tanah perkuburan itu yang agak sempit.

“Memang agak penat kerana terpaksa mencangkul dalam keadaan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap.

“Saya pun akan berhenti sekejap selepas lima minit mencangkul, tetapi orang-orang muda ini boleh sampai 10 minit tanpa henti,” ujarnya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 16-8-2021 01:27 PM
satu liang sampai 11 org gitu gali. nk bergambar punya psl. baguslah fardhu kifayah, dari asyik prem prem motor.
Quote perembes 16-8-2021 01:29 PM
knpa nk pki pfe ms mggali.. jnazah b lm tiba kat situ kan
Quote mamajawie 16-8-2021 03:31 PM
sambaldurian replied at 16-8-2021 01:27 PM
satu liang sampai 11 org gitu gali. nk bergambar punya psl. baguslah fardhu kifayah, dari asyik prem ...

nak dapat tokoh maal hijrah barangkali..hehe

Quote edayildiz 16-8-2021 03:35 PM
alhamdulilah

Quote PEPPERMAN 16-8-2021 04:21 PM
adakah muhammad zainon juga merupakan perempit sebelum  2020 dulu?
takkah terlalu tua untuk menceburi bidang sedemikian?
Quote meah_kelabu 16-8-2021 05:07 PM
unit angkasawan tuuu
fuhh
Quote Kupucandy 16-8-2021 05:10 PM
Alhamdullillah alhamdullillah alhamdullillah… covid ni sebenarnya memberi hikmah buat semua… klau tak memanjang je mcm2 kes kat msia… ramai yg berubah ke arah kebaikkan… perompak pun sure takut nk merompak sbb takut covid, aman negara
Quote che-cikL 16-8-2021 06:10 PM
Alhamdulillah... Bagus anak2 muda ni... Kena caranya brader tu approach diorang, dapat beri manfaat kpd komuniti.
Quote Daftpunk_shine 16-8-2021 08:58 PM
perembes: knpa nk pki pfe ms mggali.. jnazah b lm tiba kat situ kan

Ntah. Musykil jugak aku ni. Nak je aku g interview beliau untuk bertanya dengan lebih lanjut
Quote supernaturalee 16-8-2021 09:07 PM
meah_kelabu replied at 16-8-2021 05:07 PM
unit angkasawan tuuu
fuhh

Sambil2 blh apply pegi angkasa lepas
Kwn Tony fernandes tgh open application tu

Quote cap_ayam 16-8-2021 09:14 PM
Alhamdulillah ..tahniah belia Felda Sertik ..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044089 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top