CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bogel Jalan-Jalan Naik Motor

13-8-2021 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3379| Komen: 15

Bukit Mertajam: Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Jalan Muthupalaniappan, di sini, dirujuk ke unit psikiatri Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tindakan selanjutnya.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis mengesan video berdurasi 29 saat yang dimuatnaik dalam kumpulan WhatsApp pada 8.07 malam tadi.


Foto: Harian Metro

"Video itu memaparkan seorang lelaki warga tempatan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

"Hasil siasatan awal mendapati individu itu mempunyai masalah kesihatan mental sejak kebelakangan ini dan dilihat sering bercakap sendirian.

"Ekoran itu, individu berkenaan dirujuk ke unit psikiatri HSJ bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Shafee berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan untuk menjaga sensitiviti keluarga individu terbabit. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikbrown 13-8-2021 04:17 PM
Cuaca panas sangat kot.....
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 04:19 PM
seronok merasa angin di setiap ceruk
moga cepat sembuh dan jalani hidup normal
Quote insulin 13-8-2021 04:22 PM
Seksanya....
Quote Kitty_catz 13-8-2021 04:23 PM
ari tu pompuan, hari ni laki

bydeway, toksah la up vid2 aib ni, deme tu pun org gila, kita yg waras ada otak ni kan boleh pikir mana elok mana tak elok...
Quote anakmak 13-8-2021 04:24 PM
Semangat bangggg
Angin bayu membawa diriku....
Quote husie91 13-8-2021 04:33 PM
Yang pelik tu dorang lupa nak pakai baju.. tapi bawak motor tk lupa plak
Quote lwyl 13-8-2021 04:35 PM
Pernah baca orang macam ini sentiasa rasa panas.
Quote Kurex 13-8-2021 08:26 PM
Ingatkan dekat india
Quote Ayda89 13-8-2021 09:11 PM
Kesian nya ya…yg waras tu jangan la sebar video dia. Orang tu sah2 la tak berdosa
Quote LadyCarefree 13-8-2021 10:24 PM
Ayda89: Kesian nya ya…yg waras tu jangan la sebar video dia. Orang tu sah2 la tak berdosa


Setuju. Kesian.
Quote I.K.A888990 14-8-2021 01:27 AM
Ya Allah kesian abg ni
moga dia dpt bantuan yg sepatutnya
Quote Fortiori02 14-8-2021 10:34 AM
Bbrp bulan lepas pun ada dah kes bawak motor bogel gini, tp yg tu drg ckp sbb mabuk. Macam2 skang ni...
Quote Ciktiekus 14-8-2021 11:47 AM
anakmak: Semangat banggggAngin bayu membawa diriku....

Hahaha..yal la..dgn aku sekali ternyanyi
Quote Zazama 15-8-2021 11:12 AM
Tekanan perasaan sebab pkp kut!
Quote xastor9 15-8-2021 03:39 PM
mabuk ke tekanan mental ni?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073169 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top