Sijil digital pengesahan individu telah lengkap disuntik vaksin Covid-19 dikesan mula dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.
Menerusi perkongsian Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Noor di Facebook, sijil digital tersebut dijual pada harga RM15 dan memaparkan maklumat penerima sijil berkenaan. Antara maklumat tersebut termasuklah gambar pemilik sijil digital serta tarikh dan lokasi dos vaksin diberikan. “Sudah mula dijual di atas talian. Kalau orang ramai dibenarkan buat kad pengenalan sijil vaksin ataupun mencetak sendiri sijil vaksinasi, macam mana pihak berkuasa nak kenal antara yang tulen dan palsu?,” katanya dalam hantaran tersebut.
Pada masa sama, beliau berkata, pihak berkuasa perlu melakukan semakan ketulenan sijil digital tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera padanya. Bagaimanapun, Mohd. Rushdan berkata, masalah yang akan timbul adalah kesukaran bagi pihak berkuasa untuk melakukan semakan terperinci. “Takut tak menang tangan,” katanya bagi membalas komen seorang pengguna Facebook di ruang hantarannya tersebut. Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan perlu melakukan persiapan mencukupi dan melaksanakan kelonggaran yang dicadang diberikan kepada individu yang telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19. Sementara itu, seorang pengguna Facebook. Md. Adhanizam Buyong berkata, penjualan sijil digital palsu itu berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu yang pertama adalah ekoran permintaan tinggi. “Kedua, permintaan tinggi sebab kerajaan janjikan boleh rentas daerah, dine-in, boleh pergi kerja dan boleh bercuti serta duduk di hotel. “Jika tiada permintaan, penipuan sijil vaksinasi ini pasti tiada sebab tak ada keistimewan selepas terima dua dos vaksin,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
eyansss replied at 11-8-2021 11:41 AM
boleh countercheck dalam mysejahtera kan
MsKathryn replied at 11-8-2021 11:44 AM
Lebih baik check kat MySejahtera je...
dua_chzy replied at 11-8-2021 11:42 AM
Sedangkan IC pun boleh jual.
white_musk replied at 11-8-2021 11:47 AM
Surat kebenaran bekerja pun tiada yang check selama ini
ADVERTISEMENT