CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengarah Terkenal Bersumpah Enggan Berkongsi Walau Sesen Pun Untuk Ibunya

10-8-2021 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6795| Komen: 50

Pengarah terkenal, Quentin Tarantino mendedahkan bahawa beliau pernah bersumpah untuk tidak memberikan ibunya, Connie Zastoupil McHugh walau satu sen kerana menghina skrip penulisannya ketika muda.


Tarantino memberitahu rancangan The Moment, ibunya pernah mengejek dan memperkecil-kecilkan dirinya ketika beliau sedang menulis suatu ketika dulu.


Foto: Agensi

“Apabila dia berkata begitu kepada saya dalam nada sarkastik, saya berbisik di dalam kepala: "Baiklah, apabila saya menjadi seorang penulis yang berjaya, anda tidak akan dapat walau satu sen pun daripada kejayaan saya.

“Tiada rumah untuk anda, tiada percutian untuk anda, tiada kereta mewah Cadillac untuk anda. Ibu tidak akan mendapat apa-apa disebabkan anda berkata sebegitu,” katanya pengarah berusia 58 tahun itu.


Hos The Moment, Brian Koppelman yang seakan-akan terkejut mendengar pengakuan Tarantino kemudiannya bertanya sama ada beliau betul-betul berpegang kepada kata-kata sumpahnya itu.

“Ya. Memang saya ada membantunya selesaikan masalah dengan IRS, tetapi tetap tiada rumah dan tiada Cadillac untuknya,” jawab Tarantino.

Mendengar penjelasan Tarantino, Koppelman kemudiannya mendesak pengarah itu untuk tetap membelikan ibunya rumah dan menjelaskan bahawa kata-kata Connie mungkin telah menjadi dorongan untuk berjaya, namun ia tidak dipersetujui Tarantino.

“Setiap apa yang anda katakan kepada anak-anak anda ada akibatnya. Ingat, ada akibat untuk nada sarkastik anda terhadap perkara yang bermakna bagi mereka.” balas Tarantino.

Masih tidak diketahui di mana lokasi terkini Connie, namun media difahamkan dia masih hidup dan telah berusia 75 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bunga88 10-8-2021 03:48 PM
Ramai je kan mak ayah macam ni sebenarnya. Pastu cakap tak maksudkan or bergurau. Mak ayah kena identify personality anak2, dan tak semestinya semua benda mak ayah betul. {:shy
Quote Decaffeinated 10-8-2021 04:00 PM
“Ya. Memang saya ada membantunya selesaikan masalah dengan IRS, tetapi tetap tiada rumah dan tiada Cadillac untuknya,” jawab Tarantino.


untuk acik2 kepam yang malas membaca aku tolong highlight




Quote matbad 10-8-2021 04:05 PM
lain org lain caranya
Quote nakkomenjugak 10-8-2021 04:06 PM
Kadang it be your own fam yang toxic
Tak semua orang ada childhood yang menggembirakan
You just love them from afar je tapi tak nak face to face
Tak nak sakit hati
Quote besi_kelabu 10-8-2021 04:10 PM
pengajaran pada mak ayah yang suka menghina mencaci mengherdik merendah-rendahkan amanah Tuhan, nikmatilah zaman tua korang secara bersendirian...
Quote MontanaHannah 10-8-2021 04:29 PM
Aku up gambar kubur di ig

pagi tadi ayah , mummy ,abang , telefon

ayah dia kata , u stay awake then I am coming back soon(cewahhhhhhhhhh bukan itu hari gertak aku suruh pergi sana ke)


mummy ni serupa singa , dia cuma cakap lembut-lendik dengan aku masa aku sakit saja ,boleh I miss u ,missing u (ohhhhhhhhhhhhhhhh serius mummy?? )

makcik serbu bilik  sebab dia memang duduk berdekatan jadi dia celapak datang


I rest my case !

Quote dua_chzy 10-8-2021 04:33 PM
Bunga88 replied at 10-8-2021 03:48 PM
Ramai je kan mak ayah macam ni sebenarnya. Pastu cakap tak maksudkan or bergurau. Mak ayah kena iden ...

Ni spisis mak ayah toksik yang juga dibesarkan dalam persekitaran toksik. Kaya ka tua ka suma golongan hada.
Quote sharlenetexas 10-8-2021 04:41 PM
Toxic mum. Sib baik anak tolong settle tax maknya.

Quote mama_neko 10-8-2021 04:43 PM
mak bapak toksik ni ada na.. kemampuan anak depa lekeh2 ja siap compare ngan org itu ini..  padan muka mak quentin ni..
Quote None68 10-8-2021 04:43 PM
Ada gek ler dia tolong maknya tu..
Quote edayildiz 10-8-2021 04:50 PM
takpe la asalkan uncle bahagia..gituh
kdg2 ada org jdkn kata hinaan tu sbg pendorong utk berjaya.dan ada yg sebaliknya..
dulu kan i ingt mak kandung ayah kandung takde yg toxic..tp sbnrnya wujud jer..byk membaca kisah org..kwn kt uni dulu mak sheols sgt toksik yach..dah la sebilik ngn bf kt hotel masa dtg jenguk kwn i kt uni...kdg mak tiri lg syg ank tiri dr mak kandung pun ada..tp sujud syukur my family takde jenis  toxic..i quite happy masa kecik dan remaja
.bila dah dewasa jer byk pulak mslh
Quote VioletsAre_Blue 10-8-2021 05:54 PM
Membesar sihat besar panjang cukup pelajaran tak ingat pula jasa ibu ye? Dasar anak derhaka, setakat satu perkara tu je nak rasa hati sampai ke tua
Quote syaz_lina 10-8-2021 06:01 PM
Sebab mummy ko sarcastic la, ko jadi penulis h3bat skrg. Kalau dibelai dimanja2 dipuji2, mungkin jd drug addict now. Please la jgn bitter dgn parents tu lama sgt, ko pun dah nak jd warga emas, bkn bdk2 remaja nk bitter tak abis
Quote I.K.A888990 10-8-2021 06:13 PM
duit dia kan buat la sukahati apa nk buar
Quote kaedahnya 10-8-2021 06:45 PM
ke kedek kedek
Quote alesandra 10-8-2021 07:32 PM
VioletsAre_Blue replied at 10-8-2021 05:54 PM
Membesar sihat besar panjang cukup pelajaran tak ingat pula jasa ibu ye? Dasar anak derhaka, setakat ...

Mana ko tau setakat satu je?ntah2mak dia mmg abusive mother. mentally and physically .bukan semua org bernasib baik dapat parents pengasih penyayang.kebanyakan great artist ni pun masa  kecik2 ada history kena dera,unhappy dan susah,miskin.
Quote Fortiori02 10-8-2021 07:35 PM
Tu la, tak patut perkecilkan anak2 sbb ko tak tau ntah2 anak tu terguris hati, tertekan dgn perkataan kita tu  Sepatutnya ibu bapa kena sokong minat anak2 selagimana munasabah & dlm kemampuan.
Quote Cik_jantung 10-8-2021 08:00 PM
Cuba tanya cerita sebenar kenapa ada warga emas di rumah kebajikan...
Quote apam 10-8-2021 08:16 PM
MontanaHannah replied at 10-8-2021 04:29 PM
Aku up gambar kubur di ig

pagi tadi ayah , mummy ,abang , telefon

Ape cerita ni senah? Cerita kau ke?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.124301 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top