CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CNN Pecat Pekerja Tak Vaksin

6-8-2021 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5031| Komen: 21

Agensi berita CNN memecat tiga pekerjanya yang hadir bekerja ke pejabat meskipun mereka belum divaksin.

Presiden CNN Jeff Zucker menjelaskan, semua kakitangan melalui satu pekeliling semalam mewajibkan vaksinasi sekiranya melaporkan diri ke pejabat atau bertugas di lapangan di mana akan berlaku kontak rapat dengan pekerja lain.


Bagaimanapun, CNN tidak mendedahkan sebarang butiran berhubung tindakan pemecatan itu atau di lokasi mana pekerja terbabit.


Kredit foto: The New York Times

Beliau yang juga pengerusi bahagian berita dan sukan Warner Media berkata, syarikat itu tidak akan bertolak ansur mengenai isu itu.

Pekeliling itu menjadi tular selepas dibocorkan kepada media menerusi Twitter wartawan CNN Oliver Darcy. "Semua kakitangan dari berita, sukan, dan studio yang datang sekarang dan ke selepas ini mesti diberi vaksin. Kami sudah jelas mengenai perkara ini selama berbulan-bulan, jadi seharusnya tidak ada kekeliruan," kata memo dalaman itu.


Buat masa ini sebahagian besar unit jabatan CNN sudah mula beroperasi secara sukarela dan Zucker berkata, lebih daripada satu pertiga kakitangan bahagian berita sudah kembali bertugas.

Bukti vaksinasi setakat ini adalah berdasarkan keikhlasan individu, tetapi Zucker berkata dasar berkenaan mungkin akan diubah pada masa akan datang.

CNN mewajibkan semua kakitangan di Atlanta, Washington dan Los Angeles memakai pelitup muka, selain pada waktu makan dan minum

Dalam pada itu CNN juga mengumumkan tarikh pembukaan sepenuhnya operasi syarikat itu akan ditunda hingga sekurang-kurangnya awal atau pertengahan September depan.

Syarikat media lain turut mengikuti jejak yang sama selepas jangkitan kes Covid-19 melonjak dengan ketara di Amerika Syarikat.

Selain CNN, Google, Facebook dan Uber turut mewajibkan vaksinasi bagi semua pekerja yang kembali ke pejabat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 6-8-2021 05:14 PM
Cerita minggu lalu tapi baru nak habaq minggu nih..
Quote AbukRokok 6-8-2021 06:26 PM
game level 4 has started
Quote LostStar 6-8-2021 09:47 PM
Blh guna pakai ni.. penjawat awam yg reject vaccine pon blh pecat gak la.. hahaha

Quote white_musk 6-8-2021 09:54 PM
Ambil saja vaksin itu. Jika terjadi apaapa kesan sampingan, saman saja company tempat bekerja itu
Quote manzilla 6-8-2021 10:54 PM
Alhamdolellah... Paksaan keras ini bakalan menyusul di tanah ayer dengan disambut dengan sorakan hore-hore oleh sekalian antuvaks. Kalau begini barulah orang cucuk lengkap dua dos merasa selamat untuk ke mana-mana.
Quote zamzam 6-8-2021 10:56 PM
LostStar replied at 6-8-2021 09:47 PM
Blh guna pakai ni.. penjawat awam yg reject vaccine pon blh pecat gak la.. hahaha

Kalau ikut proklamasi darurat mmg boleh paksa rakyat divaksin.
Quote manzilla 6-8-2021 10:57 PM
white_musk replied at 6-8-2021 09:54 PM
Ambil saja vaksin itu. Jika terjadi apaapa kesan sampingan, saman saja company tempat bekerja itu

Mahu saman orang paksa cucuk? Jangan mimpi. Orang yang paksa akan terlepas kerana kau jua yang daftar dan isi segala mak nenek borang persetujuan.
Quote manzilla 6-8-2021 11:01 PM
zamzam replied at 6-8-2021 10:56 PM
Kalau ikut proklamasi darurat mmg boleh paksa rakyat divaksin.

WHO yang masih menjadi imam ikutan ummah masih tidak benarkan. Oleh itu paksaan secara langsung daripada kerajaan tidak akan berlaku, buat masa ini. Tetapi paksaan daripada majikan dan pihak pengurusan bakalan berlaku secara besar-besaran dan sekeras-kerasnya. Berbahagialah antuvaks! Impian cuti-cuti Malaysia dan jalan-jalan cari makan kamu bakal jadi kenyataan.
Quote bintangterang 6-8-2021 11:04 PM
company sy tak bg sesapa tanpa 1st dose masuk.anti vax kne ambil AL sampai hbs sambung dgn unpaid leave sampai dpt 1st dose
Quote white_musk 6-8-2021 11:04 PM
zamzam replied at 6-8-2021 10:56 PM
Kalau ikut proklamasi darurat mmg boleh paksa rakyat divaksin.

Sekarang ini masih darurat kah?
Quote manzilla 6-8-2021 11:08 PM
bintangterang replied at 6-8-2021 11:04 PM
company sy tak bg sesapa tanpa 1st dose masuk.anti vax kne ambil AL sampai hbs sambung dgn unpaid le ...

Manakala antuvaks-antuvaks di sini dengan hipokritnya masih melolong-lolong dengan slogan 'tiada paksaan'.
Quote Carlanani 7-8-2021 12:52 AM
Tak lama lagi, yg kerja sektor kerajaan, wajib semuanya vaksin, baru blh bertugas..
Quote manzilla 7-8-2021 01:03 AM
Carlanani replied at 7-8-2021 12:52 AM
Tak lama lagi, yg kerja sektor kerajaan, wajib semuanya vaksin, baru blh bertugas..

Saya percaya cakap anda. Saya sanggup bertaruh wang untuk itu.
Quote zamzam 7-8-2021 07:18 AM
white_musk replied at 6-8-2021 11:04 PM
Sekarang ini masih darurat kah?

Belum batal lagi kan.
Quote Olumis 7-8-2021 08:35 AM
Ngam sangat
Quote mmett 7-8-2021 10:00 AM
Wow nwo {:yameteh
Quote kakikuDibibirmu 7-8-2021 10:04 AM
Tiada paksaan dalam beragama tapi wajib kena paksa ambik vaksin tawwwww
Quote manzilla 7-8-2021 02:51 PM

Nah, aku hadiahkan seketul buat para antuvaks di luar sana yang masih hidup dalam penafian dan dengan tebal mukanya melaung-laungkan slogan "TIADA PAKSAAN" agar orang tolak vaksin berlembut dengan mereka dan kekal alpa, sampai tiba masanya mereka dikejutkan dengan ini:

Aku tak sabar-sabar mahu dengar para antuvaks ini cakap, "Ini bukan paksaan, cuma kalau tak cucuk tak boleh masuk bank, tak boleh masuk kedai, tak boleh masuk pejabat, tak boleh hantar anak ke sekolah, tak boleh blablabla...."

7-AFEE25-A-CF85-45-AD-88-D0-F48-FCF10-C39-C.jpg
Quote Carlanani 7-8-2021 03:14 PM
manzilla replied at 7-8-2021 01:03 AM
Saya percaya cakap anda. Saya sanggup bertaruh wang untuk itu.

Memang dah ada ura-ura untuk geng cikgu, tak boleh mengajar di sekolah jika tak divaksin. Kena surat tunjuk sebab..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.291885 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top