Kehidupan saya sekarang okey. Kisah kutip dan jual tin itu cerita lama”. Itu respons pelawak dan pelakon terkenal Ropie sekali gus meleraikan persoalan dan salah faham ramai mengenai keadaan hidupnya yang digambarkan kembali mengutip tin kosong ekoran desakan hidup.
Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin, 54, berkata, kehidupannya ketika ini berjalan seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesukaran hidup seperti yang kecoh dalam media sosial. “Kisah kutip tin itu berlaku pada tahun 1999 masa awal-awal kumpulan Cecupak dibubarkan. Saya sendiri hairan dan betul-betul terkejut selepas dihubungi seorang kenalan yang merupakan orang kenamaan dan tiba-tiba mahu membantu saya dan isteri.
“Saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana masih lagi mampu setakat ini. Bagi saya, lebih baik bantuan dan sumbangan yang ingin diberikan kepada kami itu disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya kepada Kosmo!. Tambah Ropie atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Kodi, biarpun pandemik melanda, dia bersyukur kerana masih mendapat tawaran kerja hingga ke hari ini. “Alhamdulillah tawaran kerja ada seperti biasa. Tawaran dari segi lakonan, iklan, ulasan berbayar dan lain-lain tetap berjalan selain perniagaan makanan ringan yang saya dan isteri usahakan. “Jadi dari mana datang cerita yang saya kembali susah? Bila masa saya mengutip dan menjual tin kosong seperti yang digembar-gemburkan itu?” soalnya. Terdahulu, tular dakwaan dalam media sosial mengatakan kehidupan Ropie kembali susah hingga memaksa dia kembali mengutip tin kosong demi meneruskan kehidupan. -CARI Sumber: Kosmo
|
edayildiz replied at 6-8-2021 05:43 PM
lawak jgk dia ni kan..tp kan dia mmg jantan tulen kan..nape kdg rasa mcm laki lembik tp nampak kasar ...
twins replied at 6-8-2021 05:47 PM
rasanya 'jantan lembik" tu watak dia dalam melawak kot....
dahkan masa dia naik dulu dikenali nga ...
midori_katana replied at 6-8-2021 05:24 PM
Pak kodi punya la laku! Mesti duit banyak kalau pandai menyimpan dan tak beli kereta mewah.
kiah_mai_pulak replied at 6-8-2021 06:12 PM
kau ni baca ke tak?? baca tajuk pastu terus semburrr mcm org tkda otak?? sedehhhhhhhh
naina replied at 7-8-2021 12:34 AM
Dia ni kelakar la. Spontan je
Tapi in real dia biasa je macam bapak2 org lain
Aku rasa mcm pernah ...
Acikgomen replied at 7-8-2021 02:12 AM
Dia ada anak ke
Mcm takde anak je dgn bini yg sekarang
Dulu zaman cecupak naik lepas senario in ...
kaedahnya replied at 7-8-2021 07:40 AM
pernah tengok kat IG dia macam ada anak lelaki.
tapi rasa macam dia ada sorang anak saja kot.
Acikgomen replied at 7-8-2021 07:57 AM
Anak dia dah besaq ke, kalo anak tu nampak mcm in 20s dah, agaknye ropie la ahli cecupak yg maktam ...
ADVERTISEMENT