CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: Ayah Meninggal, Ibu Dan Adik Di Hospital- Budak 12 Tahun Kuarantin Sendiri Di Rumah

6-8-2021 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9584| Komen: 80

Description: Johor Bahru: "Saya hanya mampu berdoa agar kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang kuat mental itu dan menjalani kuarantin kendiri di rumah keluarga diberikan kesembuhan segera," kata Pengerusi P ...
Johor Bahru: "Saya hanya mampu berdoa agar kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang kuat mental itu dan menjalani kuarantin kendiri di rumah keluarga diberikan kesembuhan segera," kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Kluang, Johor (Petak), Zalifah Ithnin di sini, semalam.


Berkongsi dugaan diharungi si cilik berkenaan, Zalifah berkata, kanak-kanak dikenali sebagai Arshad adalah anak sulung daripada lima beradik dan baru saja kehilangan bapanya berusia 38 tahun yang meninggal dunia akibat Covid-19.


Foto: NGO

Beliau berkata, buat masa ini tiga adik-beradiknya tinggal di rumah ibu saudara di Johor Bahru selepas dibenarkan pulang dari Hospital Permai.

Menurutnya, hanya ibunya berusia 38 tahun dan seorang adiknya masih dirawat di Hospital Permai di Tampoi di sini akibat Covid-19.


Katanya, difahamkan kanak-kanak berkenaan memperoleh keputusan negatif ketika menjalani saringan Covid-19 pertama.

"Ia mengakibatkan kanak-kanak itu kuarantin kendiri di rumah bagi tempoh tertentu dan hasil menjalani saringan kedua baru-baru ini keputusannya juga positif.

"Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang bagi menyantuni kanak-kanak lelaki berkenaan di sebuah kawasan perumahan di Kluang di sini, semalam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zalifah berkata, sumbangan barangan kepada kanak-kanak itu adalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Muhamad Said Jonit.

Menurutnya, berikutan keperluan makanan harian serta ubat-ubatan sudah disediakan oleh waris berdekatan yang memantau kanak-kanak berkenaan, oleh itu pihaknya menyumbang susu kotak, biskut dan roti sebagai bekalan kudapan kanak-kanak itu.

"Hati saya agak sayu ketika bertanya sama ada dia ada berhubung dengan ibunya kerana dia menyatakan cuba menghubungi ibunya namun tiada maklum balas sejak kelmarin.

"Saya melihat sedikit kegusaran pada wajahnya kanak-kanak itu saat berkenaan kerana dia baru saja kehilangan bapa kesayangan dan harap dia terus kuat," katanya.

Zalifah berkata, dia dapat memahami situasi ditempuhi kanak-kanak berkenaan kerana kebiasaannya kanak-kanak sebayanya memerlukan perhatian.

"Menjadi tanggung jawab kita sebagai masyarakat prihatin memberi semangat kepada mereka dan saya difahamkan jirannya juga sentiasa mengambil berat berkaitannya," katanya.

Zalifah berkata, sejak pandemik Covid-19 bermula, Petak berusaha membantu mereka yang terkesan daripada segi keperluan makanan asas.

"Bekalan makanan asas dari Gerobok Rezeki Petak akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Natt


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnamina 6-8-2021 04:58 PM
Kesiannya.. harap adik ni tabah.
Covid ni bila nak berambus. Kesian yg tetiba jadi anak yatim piatu, jadi balu.. {:yameteh
Quote mejaputih 6-8-2021 04:58 PM
ramainya yg jadi yatim piatu
Quote airmineral 6-8-2021 04:58 PM
aduhaii dikk kesian
mcm2 berita sedih pasal covid ni
hrap cpt la covid ni hilang
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 05:01 PM
semoga dipermudahkan dik.. kesiannya
Quote nazzse 6-8-2021 05:02 PM
Kesiannya {:childlike
Quote taji2906 6-8-2021 05:04 PM
kat kl pun ada. kes mak pak dia positif. anak2 sihat.
masuk hospital mak pak dia. anak sulung ni umur 12 tahun jgk.
ada adik2 kecik dlm umur sekolah rendah. nasib la ada kwn2 yg prihatin dtg tgk hari2. bawak makanan hari2. anak sulung tu 12 tahun cukup matang da. pandai jaga adik2.
Quote Fortiori02 6-8-2021 05:07 PM
Alahai, kesian adik ni. Ayah baru ninggal, pastu kena kuarantin sendiri kt rumah. Kuat betul dugaan yg dia dpt.
Quote makadek 6-8-2021 05:11 PM
Allahuakbar acik nangis dik
Semoga adik kuat...
Quote Tinot7 6-8-2021 05:11 PM
Takziah kpd keluarga..
Moga2 mak dgn adik sembuh cepat.
Quote sukacactus 6-8-2021 05:12 PM
Kat mana td ada baca tajuk parents neninggal akibat covid ni
Kesiannya lah hai
Quote Nana_Man 6-8-2021 05:14 PM
Be strong dik.. nanti mesti dpt jumpa balik ngan mak dan adik2 bila semua dah sembuh.
Quote delia3003 6-8-2021 05:24 PM
Takziah utk keluarga ni

Semoga adik ni terus tabah.

Semoga 1 family ni segera sembuh daripada covid 19
Quote Kurex 6-8-2021 05:26 PM
Bila nak habis kobid ni... Nak pupak dapat menteri bodoh2 lagi lembab
Quote orion_pax 6-8-2021 05:53 PM
Kuatnya kamu dikk
Quote asyriqa 6-8-2021 05:55 PM
Kesiannya adik ni..moga dipermudahkan untuk adik ni n ibu n adiknya sembuh dari covid ni
Quote Artemesiaa 6-8-2021 05:59 PM
Tiap hari makin banyak cerita macam ni diberitakan
Quote missus_meow 6-8-2021 06:04 PM
semoga adik arshad dan ibu kembali pulih ...
Quote zehra2 6-8-2021 06:09 PM
moga adik arshad kuat
Allah swt, lindungi lah dia
Quote syamzana 6-8-2021 06:10 PM
semoga mak+adik  anak ni kembali sihat. cepat2 balik kerumah. kesian plak anak ni dok sorg2, sebaya anak sulung iols.acik doakan anak ni tabah.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058505 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top