Hampir empat bulan saluran YouTube 'bersawang' tanpa video baharu, ramai yang tertanya-tanya tentang pendapatan YouTuber Syahmi Sazli ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.
Mengakui terjejas, Syahmi, 26, bagaimanapun berkata situasi itu membuatkan dia lebih kreatif untuk mencuba sesuatu yang baharu menerusi perniagaan di laman e-dagang. Lebih mengagumkan apabila dia juga berupaya membantu jirannya di Kota Bharu, Kelantan untuk menjana pendapatan bersih sekitar RM100,000 dalam masa hanya dua minggu. "Saya hanya nak tolong jiran yang ada perniagaan kedai makan, tapi sepanjang arahan lockdown baru-baru ini pendapatan dia makin terjejas.
"Dia datang minta tolong saya jualkan kuah mukbang, dia dah tak boleh bayar sewa kedai. "Jadi saya pun tolong jual di Shopee. Alhamdulillah Tuhan nak tolong dia... untung bersih kira-kira RM100,000 dan jiran saya tu dapat RM70,000," katanya kepada mStar. Kuah mukbang yang sudah terjual sebanyak 12,000 botol itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.
|
mummydarling replied at 6-8-2021 02:50 PM
hat gambo yg last tu ruamh die ke rumah hantu.. kalau ye pon sapulaaaaaaa
mummydarling replied at 6-8-2021 02:50 PM
hat gambo yg last tu ruamh die ke rumah hantu.. kalau ye pon sapulaaaaaaa
fadz84 replied at 6-8-2021 03:01 PM
Mcm rumah tinggal penuh daun kering..
exclusive_vvip replied at 6-8-2021 03:06 PM
baca u nyer komen, gigih I gi belek ig dia nak tgk komen2 kat gmbo ni..ada org komen, umah tok sed ...
ADVERTISEMENT