|
Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) memberi nasihat kepada golongan suami agar tidak kentut di hadapan isteri demi menjaga hati mereka, lapor Suara.com, semalam.
Menurut UAS, perbuatan kentut di hadapan isteri tidak diklasifikasikan sebagai haram namun tidak begitu sopan. “Rasulullah S.A.W tidak pernah melakukan hal-hal yang menjengkelkan Aisyah seperti memakan sejenis makanan iaitu maghafir yang mempunyai bau busuk kerana isteri baginda tidak menyenanginya. “Jadi, baginda bersabda tidak akan lagi memakan maghafir dan mengharamkan maghafir untuk dirinya sendiri,” ulas UAS. Tambah UAS, para suami perlu sentiasa melakukan perkara yang menyenangkan hati isteri sebagai salah satu rukun rumah tangga bahagia.
“Rasulullah sentiasa memanggil Aisyah dengan nama panggilan mesra. Kalau kita tidak mampu begitu, jangan sampa kentut di depan isteri,” katanya lagi. – CARI Sumber: Kosmo
|

Buritan replied at 6-8-2021 09:58 AM
Aku pulak.. aku yg kentut dpn laki aku.. mana aci.. dia kentutkat aku.. aku kentut dia balik
sweetnya pasang kentut
pasti kan makan tempe dan petai miznora replied at 6-8-2021 10:07 AM
Ustat.. Ustat kentut tak depan isteri?

Difahamkan tertuduh bertindak mencederakan mangsa yang juga pengadu dalam kes ini selepas isterinya menyuruh tertuduh pergi ke kedai untuk membeli gas kerana hendak memasak. Kemudian tertuduh telah berdiri membelakangkan punggungnya ke arah muka mangsa dan kentut di hadapan isterinya.
ADVERTISEMENT