CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit Melimpah-Ruah, Hospital Lembah Klang Sesak Teruk!

6-8-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17811| Komen: 172

PUTRAJAYA – Hospital-hospital di Lembah Klang berada kini dalam keadaan sesak apabila jumlah kemasukan pesakit baharu Co-vid-19 mencatat angka melebihi 1,000 orang setiap hari iaitu melonjak lebih 33 peratus berbanding dua minggu lalu.


Lebih memburukkan keadaan apabila jumlah mereka yang dijangkiti Covid-19 setiap hari semakin ramai dengan jumlah pa-ling tinggi direkodkan semalam ialah sebanyak 20,596 kes.

Keadaan itu menyaksikan katil-katil sedia ada tidak mencukupi bagi menampung jumlah pesakit termasuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang kini merawat 659 pesakit di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Foto: Kosmo

Perkembangan menakutkan itu menimbulkan rasa resah dalam kalangan rakyat lebih-le-bih lagi ketika kes jangkitan yang semakin meningkat di Lembah Klang setiap hari.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat semalam terdapat 6,427 pesakit berada dalam hospital dan seramai 2,685 pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Katanya, sistem papan pemuka hospital Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) juga menunjukkan bilangan pesakit yang menunggu bagi mendapatkan rawatan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah tinggi.

“Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley telah mengambil beberapa langkah termasuk mewujudkan katil tambahan termasuk hospital medan di luar kawasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Keadaan yang sama juga dilakukan di Hospital Selayang dan Hospital Serdang selain mempertingkatkan kapasiti di PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) untuk pesakit yang memerlukan rawatan oksigen,” katanya dalam satu kenya-taan semalam.

Tambahnya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia turut berfungsi sebagai hospital Covid-19.

Menurut Dr. Noor Hisham, jumlah katil hospital ditambah sebanyak 2,884 sejak dua minggu lalu di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain jumlahnya dijangka meningkat lagi melalui langkah yang sedang dilaksanakan.

“Kadar vaksinasi di Lembah Klang juga akan terus dipercepatkan bagi mengurangkan pesakit yang dijangkiti dengan gejala serius,” katanya.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata, seramai 2,254 individu sedang dikuarantin di PKRC Maeps.

“Maeps mempunyai 3,946 katil dan daripada jumlah itu, 2,254 telah digunakan, manakala 1,692 masih kosong.

“Jumlah kumulatif pesakit yang direkodkan di situ ialah sebanyak 133,240,” katanya.

Tambahnya, jumlah pesakit ditempatkan di situ kelmarin seramai 396 orang berbanding 346 pada Selasa.

Jumlah pesakit baharu yang direkodkan pula ialah seramai 396 orang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 6-8-2021 09:57 AM
Guys...duduk rumah la...jgn keluar kalau tak penting...jgn campur dgn org luar. Anggap org luar semya ada covid
Quote Buritan 6-8-2021 09:59 AM
Ya Allah.. semoga kobil ni pulang srmula ketempat asalnya semulaa.. amin
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 10:00 AM
semoga dipermudahkan lah urusan. even family member positif pun, gigig pakai mask, patuh sop kat rumah sendir 24hrs supaya takdelah kene kuarantin kat Cac tu, boleh bikin kaget tgk sesak gituh
Quote zehra2 6-8-2021 10:04 AM
cer tengok tag astro awani.. 1keluarga1oximeter.
sendiri urus diri sendiri kalo setakat  tahap 1dan 2.. jgn lalai sampai naik ke tahap 3,4,5

pergi hospital pun sana lg byk kuman.
moga Allah swt permudahkan  urusan FL dan pesakit semua
Quote matamata 6-8-2021 10:14 AM
yg merisaukan ialah bila frontliner dah tak blh perform due to burn out...kalau peralatan byk sekalipun tp sumber manusia dah burn out pun susah jugak....pasti byk kecuaian akan berlaku
Quote rospinki 6-8-2021 10:17 AM
kalu baring gitu makin teruk simpton
kena aktif jgn biarkan badan tu rehat
peluh kena keluar
udara segar dan pengudaraan
cahaya matahri dan makan yg berkhasiat
Quote HappyGumbira 6-8-2021 10:21 AM
take care korang yg kat lembah klang tu. teruk sgt. mcm korang tarik napas je luar rumah mesti kena. umpamanya la.. kalau burn out duk umah,  keluar jln2 tp duk dlm keta je jgn singgah mana2. seram betul
Quote rosmahisham 6-8-2021 10:21 AM
Allahu semoga mereka cepat sihat seperti sedia kala dan dipermudahkn urusan pesakit,family dan frontliners..semoga covid hilang la dr muka bumi secepat mgkin!
Quote pu3_rania 6-8-2021 10:23 AM
Edited by pu3_rania at 6-8-2021 10:36 AM

Apa yang di takutkan sebelum ni dah menjadi kenyataan
Quote cikmouse 6-8-2021 10:23 AM
1km radius kwsn umah iols nieee dh cecah 728 kes ..
Quote tripleid 6-8-2021 10:23 AM
tapi menteri  udang2 kata darurat dah berjaya kawal kobit.How?


Quote CiliPadiSedap 6-8-2021 10:24 AM
dulu fikir membazir beli katil banyak2 kat maeps rupanya tak cukup
Quote Shayang 6-8-2021 10:28 AM
cikmouse replied at 6-8-2021 10:23 AM
1km radius kwsn umah iols nieee dh cecah 728 kes ..

Adoi kat mana tu seremnyaa
Quote awanysss 6-8-2021 10:28 AM
aku sebenarnyaada persoalan ni..
kenapa hospital nak amik semua yg sakit..
kan boleh self kuarantin kat rumah..

kawan aku positif sbb jangkit dr wife dia, dia pjj..
kat sini family dia yg serumah semua negative..
kawan aku tu takde simptom apa2, pun kena masuk pusat kuarantin tu,
pdahal kat luar ramai lg pakcik2 tua yg lebih layak utk masuk situ..
family kawan aku semua negative, tp lg lama kena pakai gelang dr kawan aku yg positive tu..

personal opinion aku la kan,
biar yg mana sihat2 tu kuarantin sendiri..
cuma pesan bila ada simptom cepat2 pegi klinik..
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 10:30 AM
benda tepaling senang jangkit ni.. alahaiiii...
bilaaa la nak berammm kobid mobid ni
Quote underground 6-8-2021 10:30 AM
Baru je doc hospital ampang inform ramai ibu mengandung meninggal sbb covid..
Quote Shayang 6-8-2021 10:31 AM
zehra2 replied at 6-8-2021 10:04 AM
cer tengok tag astro awani.. 1keluarga1oximeter.
sendiri urus diri sendiri kalo setakat  tahap 1dan ...

Kena beli lagi la nampaknya, aku ada satu ja tu pun masa beli dulu kemain lama nak sampai padahal beli kat malaysia je bukan dari oversea.
Quote cikmouse 6-8-2021 10:33 AM
Shayang replied at 6-8-2021 10:28 AM
Adoi kat mana tu seremnyaa

Kg pandan, KL..kes naik mendadak sejak bln lps lgk...
Quote Kurex 6-8-2021 10:38 AM
Edited by Kurex at 6-8-2021 10:40 AM
tripleid replied at 6-8-2021 10:23 AM
tapi menteri  udang2 kata darurat dah berjaya kawal kobit.How?


Meh aku lastik dahi lobai ni bagi bertambah hitam

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.289845 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top