CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Artis Bapa Ayam- Jadi Transporter Bawa Pekerja Seks Dari KL Ke Negeri Sembilan

5-8-2021 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12963| Komen: 35

Seorang selebriti lelaki berusia 40-an yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia dipercayai terbabit dengan khidmat seks di hotel dengan bayaran melebihi RM1,000 untuk tempoh lapan jam.


Sumber berkata, siasatan polis mendapati artis lelaki terbabit berperanan sebagai 'penghantar' pekerja seks yang terlebih dahulu ditempah secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis lelaki terbabit mengambil pekerja seks itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum membawanya ke sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

Gambar Hiasan

"Soal siasat terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pelacuran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat seks melalui pelbagai aplikasi media sosial.


"Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pelacur," katanya.

Menurutnya, artis lelaki itu yang mendakwa kekasih wanita terbabit berperanan sebagai transporter untuk menghantarnya kepada pelanggan yang menanti di hotel.

"Tangkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas bagi membongkar aktiviti pemerdagangan manusia itu untuk tujuan eksploitasi seks.

"Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, kondom dan wang disyaki hasil kegiatan jenayah itu," katanya.

Dalam kejadian 10 pagi Ahad lalu, polis menahan artis itu selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam sekatan jalan raya di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, susulan tangkapan itu pihaknya berjaya menyelamatkan seorang wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

"Mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor," katanya.

Amran berkata, lelaki itu kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selain dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

"Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 5-8-2021 07:10 PM
Tikus bendang stay bukit jalil kan?
Quote kiah_mai_pulak 5-8-2021 08:04 PM
oohhh means betullah tikus bendang tu bukan bapak ayam… jadi driver kpd ayam yg je.  demi cinta kan?? bini nya yg muka persis melati zero tu xda komen apa2 ke pasal ni?
Quote gorjeous 5-8-2021 08:09 PM
Bapak ayam...
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 08:11 PM
*terus berdesup pergi ig tikus bendang*
Quote kaedahnya 5-8-2021 08:16 PM
nakkomenjugak replied at 5-8-2021 08:11 PM
*terus berdesup pergi ig tikus bendang*

dia private IG & twtr kan
Quote salmon-suki 5-8-2021 08:23 PM
Cari benang lama psl ni.. aritu x sempat baca.. alahaiiiii..ada bukti cukup semua,sila jatuhkn hukuman y berat.. manusia gini xlayak hidup
Quote dreamcatcher 5-8-2021 08:30 PM
.. bleh tahan perangai
Quote CapitalE 5-8-2021 08:34 PM
nazzse replied at 5-8-2021 07:10 PM
Tikus bendang stay bukit jalil kan?

Siapa tikut bendang yang dok bukit jalil tu? X dapat den nak decode.
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 08:37 PM
kaedahnya replied at 5-8-2021 08:16 PM
dia private IG & twtr kan

haah private.
haaa gigih iolsss gi ig tikus bendang
Quote applecomel 5-8-2021 08:37 PM
CapitalE replied at 5-8-2021 08:34 PM
Siapa tikut bendang yang dok bukit jalil tu? X dapat den nak decode.

Kawen ala2 cindilellah
Quote kiah_mai_pulak 5-8-2021 08:43 PM
CapitalE replied at 5-8-2021 08:34 PM
Siapa tikut bendang yang dok bukit jalil tu? X dapat den nak decode.

chuollzahhh baru kuar celah bedah mana?

bahaya lah bgtahu betul2 zaman2 org duk saman menyaman ni..
Quote slyfynx 5-8-2021 09:44 PM
CARI-MRO bukak thread berulang2
Booooooo
Quote SpyLeman 5-8-2021 09:50 PM
nakkomenjugak replied at 5-8-2021 08:11 PM
*terus berdesup pergi ig tikus bendang*

Sape weyyyy...tumpahkan teh pliss
Quote izat123 5-8-2021 09:54 PM
Jahat jahat pelawak zaman sekarang ni.
Quote nazzse 5-8-2021 10:09 PM
CapitalE replied at 5-8-2021 12:34 PM
Siapa tikut bendang yang dok bukit jalil tu? X dapat den nak decode.

Cuols baru berporum kah? Dah nak masuk seminggu nama tikus bendang naik
Quote Acikgomen 5-8-2021 10:16 PM
CapitalE replied at 5-8-2021 08:34 PM
Siapa tikut bendang yang dok bukit jalil tu? X dapat den nak decode.

Ada weols kesah chuols reti decode ke idokkkkk
Quote kaedahnya 5-8-2021 10:38 PM
gosip mana boleh reveal nama la adik adik sekalian
Quote gideoncross 5-8-2021 10:57 PM
Mula2 Seungri, pstu Kris, skrg ni plak. Gnjil.
Quote supermum 5-8-2021 10:57 PM
kiah_mai_pulak replied at 5-8-2021 08:43 PM
chuollzahhh baru kuar celah bedah mana?

bahaya lah bgtahu betul2 zaman2 org duk saman menyaman ...

Hahahaha berapa kali dah aku tengok kau sound orang yang taknak beklog sendiri

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064564 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top