Usaha warga maya menjejaki siapa pelawak yang terkait dengan kes pemerdagangan manusia kali ini membawa kepada Joey Daud pula. Masih menjadi misteri, nama Joey pula menjadi sasaran penyiasat online berdasarkan umur dan alamat tempat asal iaitu Masai, Johor sama seperti dakwaan laporan tangkapan pelawak berkenaan.
Bagaimanapun, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud enggan mengambil pusing dakwaan orang ramai. Berkata kepada mStar, dia mengakui menerima banyak mesej (DM) bertanyakan sama ada dia pelawak diperkatakan itu. "Tapi saya hanya baca dan senyum saja... selagi ia tidak menjatuhkan maruah, saya takkan balas. "Anak saya pun ada hubungi bertanyakan perkara itu sebab dia risau. Apabila nama saya kena petik, saya rasa macam kelakar dan tak perlu melenting pun. Mulut orang kita tak boleh tutup.
"Lagipun itu andaian netizen dan mereka ini seperti juri... akan petik saja nama. Tapi bagus juga untuk promosi saya... sekurang-kurangnya orang masih ingat saya lagi," katanya. Isterinya, Watie turut menegaskan bahawa suaminya berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih berfikiran waras. "Ramai orang mesej di laman sosial dan kawan-kawan pun ada WhatsApp tanya pelawak itu suami saya ke? Gila ke apa? Janganlah sampai macam itu... suami saya elok saja ada di rumah. "Muka dia nampak saja keras tapi masih boleh berfikir waras. Hanya sebab Joey pernah jadi naib juara, usia 40-an dan berasal dari Johor, orang petik nama dia. Ramai pelawak terkena tempias. "Anak Joey pun ada call sebab kawan-kawan dia asyik tanya juga fasal pelawak itu. Kami pun tak tahu siapa pelawak yang dimaksud itu," ujarnya. Sebelum ini, nama Tauke (Jambu) dan Shahrol Shiro sudah dipetik. Nama siapa pula bakal menjadi sasaran warganet? - CARI
|
belilies replied at 5-8-2021 05:57 PM
Hamboi watie… kemahen nama ig kau haaa. Tak perlulah official bagai. Taruk je watie_joey lg ngam!
...
makadek replied at 5-8-2021 09:42 PM
Diorg mmg sweet joey pandai melukis
Dia lukis pic watie ni ..motherly look sgt2
Potrait blck n w ...
belilies replied at 6-8-2021 12:09 AM
Huhuuu iols xjumpa gbr tu. Nampak yg jd wonder woman jur. No wonder watie suka joey, banyak talent ...
ADVERTISEMENT