CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

13 Tahun Dalam Industri, Pencapaian Dafi Biasa-Biasa Je

3-8-2021 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4146| Komen: 28

Nama penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail Sabri, 33, pastinya tidak asing dalam industri hiburan tanah air. Apatah lagi, diam tak diam sudah hampir 13 tahun pembabitannya dalam kerjaya seni.


Namun, Dafi mengakui pencapaian diraihnya hingga kini belum lagi sampai di tahap memuaskan. Katanya, masih banyak yang perlu diperbaiki dan sedia diterokai untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.


13 Tahun Dalam Industri, Pencapaian Dafi Biasa-Biasa Je
13 Tahun Dalam Industri, Pencapaian Dafi Biasa-Biasa Je


"Tapi, saya takkan bertindak terburu-buru kerana yakin semua itu perlu ada perancangan. Apapun, yang pasti saya tak sangka mampu bertahan dalam kerjaya ini lebih sedekad lamanya.

"Meskipun pencapaian hanya biasa-biasa, namun alhamdulillah syukur saya dapat bertahan hingga sekarang. Bukan mudah sebenarnya kerana kehadiran bakat baharu makin ramai dan bersilih ganti.

"Selain itu, usia saya juga kian meningkat dan matang. Tapi, saya sentiasa percaya pada rezeki. Dalam hidup ini, teruskan berusaha kerana setiap rezeki itu sudah ditetapkan oleh Allah dan seterusnya bersyukur," katanya.



Ditanya mengenai populariti, Dafi atau nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri berkata, ia adalah bonus. Bagaimanapun, katanya itu bukan keutamaan hendak dicapainya kerana sudah pernah merasai dahulu.

"Popular atau tidak, bagi saya itu bukan persoalannya. Sebagai selebriti, saya akui sudah berasa gembira apabila mendapat tawaran menyanyi atau berlakon.

"Saya amat meminati bidang kerjaya ini, jadi saya sebenarnya sentiasa berusaha untuk terus bertahan. Setakat ini, saya gembira dengan apa yang diperoleh atas usaha sendiri," katanya.

Dafi yang juga anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dia amat bangga dengan bapanya yang menjadi sumber inspirasi. Katanya, dia suka melihat cara bapanya bekerja.



Mengulas juga perancangan kerjaya, Dafi memaklumkan dia ingin tampil dengan lagu baharu. Namun, disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang belum berakhir ini, maka perlu bersabar.

"Saya memang nak rakam lagu baharu kerana minat terhadap nyanyian masih menebal. Walaupun sedar begitu ramai penyanyi baharu yang muncul, saya tetap positif.

"Bagi saya, mereka ada cara mereka dan saya juga ada cara sendiri. Apapun, semuanya perlukan strategi serta mendapatkan produk lagu terbaik. Jadi, saya masih berusaha ke arah itu," katanya.



Cukup menyerlah dalam lakonan, Dafi berkata, dia hanya melakukan apa yang diminati. Selain menyanyi, katanya dia suka berlakon dan mengacara. Justeru, dia takkan menolak peluang yang datang.

Dalam kerjaya lakonannya, Dafi dilihat agak aktif membintangi drama dan teater sebelum ini. Antara drama yang pernah melonjakkan namanya ialah Dia Semanis Honey dan Klik! Pengantin Musim Salju. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 12:14 PM
last aku dengar lagu dafi pun time aku high school
yang dengan gita gutawa tu
Quote ajinomotonosuga 3-8-2021 12:19 PM
Dah ko tu sore tk sedap..tadak bakat..tk reti compose songs..arap tengek sana sini..sib baik kabel power..klo pprt dah laaaama juei jus petaii

Mcm amir amareka
Quote Skuau 3-8-2021 12:21 PM
industri muzik tanahair dh tak gah cam dedulu..
Quote cha-cha 3-8-2021 12:23 PM
Kau masuk industri dan bertahan pun sebab apak kau kaya dapi oiii... klau kau marhain, dah lama kau kerja kerani bank. Sendu.
Quote Annaquinn009 3-8-2021 12:48 PM
dulu zaman minat jgklah sbb comel...btw, hr tu aku tertengok group wasap bapak aku and the geng, nama group tu dafi fan club hehehehe
Quote Annaquinn009 3-8-2021 12:49 PM
dia ni x pernah ada pencapaian apa2 pun
Quote umbut 3-8-2021 12:52 PM
Nasib baik ko anak orka.. Tak laku pun leh hidup.. Masa kat af harapkan comel hensem..suara biasa je x boom.. Sedang suara yg boom pun dah sendu..
Quote September14 3-8-2021 12:54 PM
Knpa la dia x masuk bidang lain.. Skg pun muka dah mcm toknil
Quote jijilaaa 3-8-2021 01:06 PM
dulu kan guna imeh swet2boy gitu..skang dah kertu mana nak menjadi nya dik oii
Quote cicicumel 3-8-2021 02:05 PM
muka dia tua sebelum usia..
dulu laku smpai jadi host kat Indon x silap kan..

Quote dejure 3-8-2021 05:02 PM
Kan ada dia menang pertandingan antarabangsa ala2 pertandingan karaoke shopping mall..kira hebatlah tu
Quote terpaling 3-8-2021 07:45 PM
macam la hang femes pun dapi oiiiii..
Quote terpaling 3-8-2021 07:46 PM
chuols dah tak relevan lagi yach.. boleh pi nyorok bapak ketiak bapak hang sana..
Quote edayildiz 3-8-2021 07:50 PM
i suka dafi masa i remaja..i masuk hostel tampal semua gmbar dia kat bilik i
dh tua  jd xmnt pulak..sbb nmpk dia xtua2 kot
Quote mendeluk 3-8-2021 10:16 PM
rugi lopak kahwin awal kalau tak boleh ngorat dafi anak bakalan TPM tu
Quote gadisbunga91 3-8-2021 10:30 PM
Rasa mcm bukan biasa lg da..sendu kot. Tp dia ada label sendiri kan
Quote j3m4h 3-8-2021 10:37 PM
Level2 asad muntah jek…harap rupe tp suara biashe2 karaoke…zaman AF je la femes ..lps tu menyendu..
Quote ilhamazalea 3-8-2021 11:48 PM
September14 replied at 3-8-2021 12:54 PM
Knpa la dia x masuk bidang lain.. Skg pun muka dah mcm toknil

Mcm muka abg ipar dia JM pun ya
Quote MsIda 4-8-2021 12:23 AM
tak ada aura

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.139105 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top