CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarul Umbrella Tergur Artis Tak Matang Suka Bergaduh Di Media Sosial

3-8-2021 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2695| Komen: 6

Description: Seperti sudah menjadi trend, selebriti tempatan kini dilihat begitu bangga mempamerkan perasaan marah dan sifat kebencian sesama sendiri secara terbuka di media sosial.
Seperti sudah menjadi trend, selebriti tempatan kini dilihat begitu bangga mempamerkan perasaan marah dan sifat kebencian sesama sendiri secara terbuka di media sosial.

Menyedari ia semakin kerap berlaku, penyanyi senior Zarul Umbrella berkata dia yakin kebanyakan perbalahan hanya berpunca akibat salah faham.

 Foto: IG


"So far saya tak pernah bergaduh dengan mana-mana artis. Saya juga tak berapa rapat dengan rakan artis... saya ni biasa-biasa saja.

"Tapi saya perhatikan juga kejadian artis bergaduh sesama sendiri, saya kesal juga la. Mungkin mereka buat keputusan tengah marah.

"Sebagai orang lama, nasihat saya kalau nak bergaduh... fikir la. Industri kita kecil je, pusing-pusing akan jumpa jumpa juga, jadi memaafkan sesama kita lebih penting" katanya kepada mStar.




Zarul atau Zairulkefli Husin, 48, ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya Sepenuh Hati secara maya pada Selasa.

Tambah Zarul, selebriti seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dengan sifat yang lebih matang.

"Buat apa kita nak gaduh? Kita manusia, kadang-kadang memang akan terasa hati... tapi buat bodoh je la.


"Kita semua dah dewasa... dah matang jadi pandai-pandai la fikir.

"Malah saya pun kalau terasa hati dengan produksi ke, just let go je benda tu. Perkara kecil je, kena beralah la," katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya berdepan kecaman, Zarul berkata dia sering menggunakan kaedah psikologi bagi menukar sesuatu yang negatif kepada positif.




"Kadang-kadang ada dua atau tiga kecaman tu kita buat bodoh je... bagi saya kalau orang bagi najis kita bagi bunga.

"Tapi asasnya saya tak nak berdendam dengan sesiapa, saya tak suka berdendam... dendam nak bawa pergi mana?" katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 01:10 PM
industri sekangkang cucu kera je punnnnn. koserrrrr gaduh sakan
Quote RaraLavenda 3-8-2021 01:20 PM
Kalau org dh buat benda lebih dari sepatutnya sprti memfitnah & menyebabkn kita hampir hilang nama baik kita so rasanya x slh utk ambil tindakan. Benda ni akn jadi pengajaran utk org lain supaya x ulangi benda yg sama.
Quote EvieWanKenobi 3-8-2021 01:20 PM
betul.. i sokong..
cubalah jadi pandai sikit..
Quote cikbudu 3-8-2021 03:54 PM
Suka zaeul ni cool jer
Quote makadek 3-8-2021 04:31 PM
hingga di saat ini... Pelbagai persoalan
Quote terpaling 3-8-2021 07:56 PM
khuens tah pape retis2 skarang sakan dok bergaduh..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049371 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top