CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rasa Bersalah Menghantui Diri Doktor Kendali Covid-19,-“Kejamnya Aku, Tak Adil Terpaksa Pilih Pesakit”

3-8-2021 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2919| Komen: 12

Dihantui perasaan rasa bersalah, malahan mereka juga merasai diri terlampau kejam.

Itu antara luahan perasaan pegawai perubatan yang terpaksa bertarung dengan perasaan sendiri dikala berusaha merawat dan menyelamatkan pesakit Covid-19.


Berkongsi pengalamannya dengan mStar, Dr Khairil Syahmi Mokhtar, 30 yang juga doktor bius di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom berkata beban tugas sebagai perawat kini bukan kepalang, apatah lagi apabila mereka terpaksa memilih diantara pesakit untuk dimasukkan ke wad kecemasan.


Dr Khairil dan Dr Syahirah, masing-masing merupakan doktor bius di Unit ICU, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor. Foto: mStar

“Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang lebih muda atau mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding pesakit-pesakit lain.


“Selalunya kami akan berterus terang kepada pesakit dan waris, kami akan cakap, keadaan pakcik sekarang tenat tapi kami tak mempunyai katil yang cukup dan terpaksa tempatkan pakcik di wad buat sementara waktu.



Pegawai perubatan memantau keadaan pesakit di Unit Rawatan Intensif, Hospital Sungai Buloh, Kredit: mStar

“Setiap kali nak menyampaikan berita ini rasa kejamnya aku, kalaulah kami ada kuasa atau fasiliti yang lebih..tapi itulah,” katanya, menambah mereka akan tetap berusaha memberi yang terbaik walaupun pesakit di wad biasa.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ahli keluarga serta pesakit amat memahami akan situasi yang dihadapi pihak hospital.

Turut berkongsi keperitan itu adalah rakan setugasnya, Dr Syahirah Zafirah Sukardi, 29.

“Perkara pertama yang saya akan fikir selalunya macam mana kalau berlaku pada ahli keluarga sendiri? Walaupun ada beberapa kriteria yang kita akan lihat terlebih dahulu, keputusan itu tetap tidak mudah kerana ia melibatkan nyawa seorang insan.

"Selalunya memang saya akan rasa berat hati, rasa macam tak adil walaupun pemilihan itu dibuat selepas melalui semua proses perbincangan,” katanya.


Petugas perubatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom berehat sebentar untuk menghilangkan lelah masing-masing, Kredit foto:mStar Online


Pegawai perubatan memantau keadaan pesakit di Unit Rawatan Intensif, Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu pada 31 Mei 2021, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, tindakan itu terpaksa diambil susulan situasi Covid-19 di Malaysia mencapai tahap kritikal.

Menurut beliau, situasi itu adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar itu terpaksa dilakukan gara-gara sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum.

Pesakit stabil meninggal dunia

Sementara itu, Dr Khairil berkata selain memilih pesakit untuk dimasukkan ke wad kecemasan, emosi mereka juga sering diuji dengan kes kematian yang melibatkan pesakit Covid-19 yang telah berjaya mereka stabilkan.

Berkongsi pengalamannya sendiri, Dr Khairil berkata dia pernah menghubungi seorang wanita untuk memaklumkan berita gembira mengenai kesihatan suaminya yang telah beransur pulih.

“Pagi tu saya maklumkan kepada isteri pesakit yang pakcik sudah sihat, tiub pernafasan sudah dicabut, rehab dan lain-lain semua sudah okay, jadi tengahari pakcik akan dipindahkan ke wad biasa.

“Isteri pesakit gembiralah bila dapat berita tersebut, tapi petang tu tiba-tiba pesakit kena serangan jantung, kami terpaksa melakukan CPR (Cardiopulmonary resuscitation) dan intubasi sekali lagi, tapi malangnya dia gagal diselamatkan.

“Bayangkan saya perlu telefon semula isteri pesakit untuk sampaikan berita kematian suaminya, masa tu saya rasa macam apa yang saya beritahu tengahari tadi umpama memberi harapan palsu,” katanya.


Pegawai perubatan sedang melakukan CPR terhadap pesakit (kiri) dan (kanan) prosedur memasukkan tiub intubasi sedang dilakukan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor, Kredit foto: mStar Online


Sedih dengan apa yang berlaku Dr Khairil bagaimanapun tiada pilihan lain selain menghubungi semula wanita terbabit untuk menyampaikan berita buruk terbabit.

“Masa telefon kali kedua tu suara menggigil, saya cuma mampu untuk minta maaf berulang kali.

“Isteri pesakit pula memang terus menangis, dia sampai dah tak mampu nak berkata-kata,” imbasnya kembali.

Sebagai doktor, jelas Dr Syahirah, persoalan sama ada mereka telah memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit akan sentiasa bermain di fikiran terutama sekali apabila dimaklumkan mengenai kematian melibatkan pesakit Covid-19.

“Kondisi pesakit yang kritikal boleh berubah sekelip mata, kadangkala pagi mereka tunjuk respons positif tapi keadaan berubah malam tu. Jadi bila benda macam ini berlaku kami rasa ralat dan sedih sehinggakan kadang-kadang tertanya-tanya adakah kami gagal menjalankan tugas dengan baik?," ujarnya lagi.

Masuk hospital berdua tapi hanya seorang balik rumah

Sementara itu, Dr Khairil berkata peristiwa lain yang turut meninggalkan kesan mendalam pada dirinya dan rakan-rakan termasuklah kes-kes jangkitan yang melibatkan pesakit suami isteri yang sudah berusia.

Katanya, mereka ini seringkali masuk ke wad bersama-sama, malangnya tidak semua yang berjaya pulang bersama pasangan masing-masing.

“Mereka ini biasanya dimasukkan ke wad kecemasan serentak, katil pun sebelah menyebelah, ada pesakit tu sebelum ditidurkan dia akan tenung suaminya, minta maaf kemudian baru kami tidurkan dia.

“Dua-dua terpaksa ditidurkan tapi cuma suaminya sahaja yang sedar semula.

“Rasa terkilan sangat sebab mereka hadapi dugaan sama-sama, susah sama-sama tapi seorang sahaja yang selamat,” katanya.


Seorang wanita mohon diberi peluang untuk melihat suaminya sebelum dirinya sendiri ditidurkan, suaminya yang turut berada dalam keadaan kritikal bagaimanapun gagal diselamatkan. Kredit foto: mStar Online


Menurut Dr Khairil lagi, mereka kebiasaannya akan merahsiakan sebarang berita buruk sehingga keadaan pesakit betul-betul kuat.

“Nak beritahu berita sedih ni memang benda yang paling susah selalunya kami akan rahsiakan dahulu, kita bagi rehabilitasi dulu, bila pesakit sudah ada semangat dan tenaga baru kami maklumkan, itupun kadangkala kita minta keluarga yang beritahu,” katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
8

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Adrif

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missycutie 3-8-2021 11:43 AM
sedih...........
Quote LadyCarefree 3-8-2021 11:58 AM
Sedih sungguh. Moga dijauhi virus covid-19 ini dari kita.

Lama lagi baru mula habis covid ni. Next voc yg dijangka dominan ialah varian epsilon yg resistant kpd vaksin yg ada.
Quote nakkomenjugak 3-8-2021 12:11 PM
apakan daya...
moga kobid ni cepat2 berlalu
Quote nazzse 3-8-2021 12:33 PM
Elakkan lah sakit musim ni. Gomen hospital da taknak terima selain pesakit covid.
Quote Artemesiaa 3-8-2021 12:40 PM
Bila dah terlalu banyak kes yang hilang nyawa dan rata2 makin ramai dah tahu puncanya tapi tak berani nak menyuarakan hal sebenar, maka jadi rintihan frontliner seperti mereka ni buat rakyat tambah benci dan meluat mendengarnya.
Quote airmineral 3-8-2021 01:18 PM
kena minta menteri yg pilih sapa based on criticality dan recovery rate biar drg plk yg rasa bersalah. time tu baru ada akal agaknya
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 05:43 PM
semoga dipermudahkan lah urusan kita ni
Quote Adrif 6-8-2021 01:31 AM
doctors & frontliners boleh kena PTSD macam ni
Quote cm_vungtau 6-8-2021 01:40 AM
Banyak dosa menteri2 sebab menzalimi rakyat
Quote Olumis 6-9-2021 12:02 AM
Sedih baca sebab dapat bayangkan situasi tersebut
Quote CikYaYaYa 6-9-2021 12:54 AM
Xleh bayang laaa mcm manaa if iols yang hadap situasi nie.. Somagaa cept laaa covidd niee lenyap dari muka bumi nie
Quote lattehazelnut 23-3-2022 09:12 PM
Belum 1 april lg
Nnti da xrasa pape dah.. kematian byk sgt..
Sama la mcm sekarang kes berpuluh ribu tiap hari dah immune..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.107302 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top