Sekumpulan saintis di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) kini mengkaji sejenis haiwan aneh yang digelar ‘ular zakar’ yang muncul di negeri itu dan dipercayai berasal dari rantau Amazon, lapor akhbar Mirror UK baru-baru ini.
Saintis percaya bahawa haiwan bernama caecilian yang ditemui baru-baru ini itu adalah spesies pertama seumpamanya ditemui di sebuah terusan di Miami pada tahun 2019. Caecilian pertama ditemui di Miami itu memiliki saiz sepanjang 61 sentimeter (sm). Ia kemudiannya disimpan di dalam sebuah tangki sebelum ditemui mati akibat enggan makan. Haiwan amfibia yang boleh membesar sehingga panjang 152 sm itu kebiasaannya boleh ditemui di rantau Amerika Selatan dan Tengah, Afrika serta Asia Selatan.
Caecilian bukan merupakan spesies ular kerana ia tidak mempunyai ekor dan bukan juga cacing kerana mempunyai tengkorak serta tulang belakang. Haiwan itu juga melahirkan anak dan tidak bertelur selain beberapa spesies mempunyai mata kecil di bawah kulitnya. Ia juga dijual sebagai haiwan peliharaan pada harga antara AS$300 (RM1,268) hingga AS$1,000 (RM4,226). “Saya tidak pernah terfikir bahawa kita akan menemui seekor caecilian di Florida. Jadi, ini merupakan satu penemuan yang mengejutkan,” kata Pengurus Koleksi Herpetologi Muzium Florida, Coleman Sheehy. Tambah Sheehy, pihaknya akan mengenalpasti sama ada haiwan itu adalah daripada spesies invasif yang akan mengancam ekosistem Florida. “Selain makan anai-anai, caecilian turut boleh menelan ular kecil, katak dan cicak dengan mangsa akan ditelan sepenuhnya tanpa mengira saiz,” kata Sheehy. -CARI Sumber: Kosmo
|
nakkomenjugak replied at 3-8-2021 11:12 AM
macam2 spesis.
spesis apa lagi yang donya belum jumpa kan
ADVERTISEMENT