Pelakon dan pengarah Erma Fatima berharap kerajaan dapat segera memperhalusi semula undang-undang yang telah ditetapkan ketika fasa pandemik Covid-19 ini lebih-lebih lagi bila melibatkan sektor industri kreatif.
Menurut Erma, kebanyakan pemain industri ketika ini sudah tidak mampu lagi untuk berdiam diri dan kini mungkin sudah tiba masanya untuk kita membiasakan diri menjalani kehidupan normal meskipun kadar kes pandemik di negara ini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. “Saya memohon agar pihak berwajib dapat berlaku adil dengan industri kami. Industri kita sangat kecil jika dibandingkan dengan industri luar. “Memang benar kes Covid-19 sedang meningkat tapi kita sebenarnya sudah tiada masa lagi untuk lari dan menyorok. Sekarang adalah masa untuk kita berfikir bagaimana untuk hidup dalam keadaan Covid-19.
“Macam mana caranya untuk kita hidup dalam keadaan ini adalah dengan jaga SOP dan sebagainya. Sampai bila orang industri saya tak boleh bekerja. Perkara ini sangat penting,” katanya kepada MH. Erma berkata sedemikian ketika sesi sidang media drama terbaru arahannya yang berjudul Lockdown secara virtual baru-baru ini. Dalam pada itu, kakak kepada pelakon, Umie Aida ini turut mendedahkan keadaan ketika ini sudah cukup tenat buat para pemain industri terutamanya buat mereka yang bekerja secara ‘freelance’. “Kita tak pernah wujudkan kluster lagi setakat ini tapi sekarang ini ramai kru-kru saya yang sengsara. Ada yang kena tendang keluar daripada rumah sebab tak boleh bayar sewa, kena potong elektrik dan ada yang merempat. “Kita kerja pun maksimum 30 orang. Kalau tak nak bagi ramai-ramai pun boleh la tangguhkan dulu pengambaran filem. Tapi bagilah kami buat drama dulu supaya mereka semua dapat duit,” jelasnya lagi. Sumber: Media Hiburan
|
krustykrab: Kedai gunting rambut bila nk buka
ADVERTISEMENT