Satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita menitiskan air mata ketika menjadi saksi suaminya berkahwin kali kedua menjadi tular di laman sosial Indonesia, lapor Suara.com, semalam.
Video yang dimuat naik oleh instagram PalembangTerkini itu memaparkan seorang wanita berdiri di sebelah suaminya yang sedang menjalani proses ijab kabul di sebuah hospital. Menurut keterangan video, suami wanita itu bernikah kali kedua dengan bekas kekasih ketika di sekolah kerana bakal madunya itu sakit tenat dan memerlukan penjaga. “Hari ini, berlangsungnya perkahwinan kali kedua suamiku dengan bekas kekasihnya. Saya reda kerana Allah. “Namun, air mata ini menitis juga saat kalimah sah dilafazkan sebaik akad selesai. Saya harap anda bahagia, wahai suami,” tulis wanita itu. Video yang sudah diulang tayang hampir 40,000 kali itu menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.
Ada diantaranya beranggapan isteri pertama sebenarnya tidak reda dengan pernikahan kali kedua dan oleh sebab itu, dia menangis. “Saya rasa seperti sedang lihat drama di kaca televisyen. Isteri pertama ikhlas atau tidak sebenarnya?” komen seorang pengguna media sosial. Sumber: Kosmo!
|
Lunchbox: Oh. Ini terinspirasi dr crite Ayat-ayat Cinta bercerita tu keh.. sure yg laki fefeeling mcm Fahri gitew... Pastu kluar plak lagu Melly Goeslaw.. drama ...
misuke: Mean laki dia nikah utk tolong jaga ex gelfren tengah tenat la kan...aku ingatkan bini dia yg tenat....Opkos la kuat mana pun redha, mesti sedih kot n ...
miznora replied at 2-8-2021 08:25 PM
Adik kak ipar aku penah mcmni..
Adiknya lelaki. Keluarga sebelah pompuan mintak kawen dengan anak ...
becir replied at 2-8-2021 08:27 PM
Esok elok tegak je madunya..sihat walafiat
ADVERTISEMENT