CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macron Hipokrit Pertahan Karikatur Hina Nabi, Bila Sendiri Kena Bahan Marah Pula

2-8-2021 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2075| Komen: 9

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilabel sebagai 'bapa segala hipokrit' kerana marah dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik syarikat pengiklanan yang menggambarkan beliau sebagai pemimpin Nazi, Adolf Hitler.


Tahun lalu, Macron mempertahankan tindakan majalah satira Charlie Hebdo menyiarkan karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.

Macron turut mengeluarkan kenyataan provokatif dan menegaskan rakyat berhak kepada kebebasan bersuara, biarpun ia perit untuk ditelan.



Ironinya, tindakan Macron menyaman Michle-Ange Flori, pemilik syarikat pengiklanan jalanan di Paris bercanggah dengan apa yang diperjuangkannya sebelum ini.

Laporan terbaharu di Perancis menyatakan, peguam peribadi Macron telah memfailkan saman terhadap Flori.

Sementara itu, parti pemerintah Republic on the Move (LREM) pimpinan Macron menyifatkan paparan pada papan iklan itu sebagai penghinaan awam.


Lapor media tempatan, Flori memasang papan iklan itu sebagai respons kepada rang undang-undang ketat yang diluluskan Parlimen pada bulan ini bertujuan mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pengkritik menyifatkan peraturan itu sebagai mengongkong kebebasan sivil dan menuduh Macron bertindak seperti diktator.

"Macron berpihak kepada Charlie Hebdo (kes hina agama dan nabi) kononnya atas alasan kebebasan bersuara tetapi apabila beliau digambarkan sebagai diktator, senario berubah 360 darjah.

"Ia tiba-tiba sahaja menjadi perbuatan yang menyinggung perasaan dan kemudian tidak boleh diterima," ujar Flori. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-8-2021 01:10 PM
Macam seseorang dekat dalam forum ni.. tak boleh dijentik, kalau dia jentik orang takpe. Salah guna kuasa kan....
Quote Buritan 2-8-2021 01:14 PM
Kurex replied at 2-8-2021 01:10 PM
Macam seseorang dekat dalam forum ni.. tak boleh dijentik, kalau dia jentik orang takpe. Salah guna  ...

Sape acehanded ke. Koh koh.. mmg laa marah dah hangpe jentik kote dia
Quote Kurex 2-8-2021 01:16 PM
Buritan replied at 2-8-2021 01:14 PM
Sape acehanded ke. Koh koh.. mmg laa marah dah hangpe jentik kote dia

Saiz micro je....no function
Quote prettyuglybabe 2-8-2021 01:20 PM
Kurex replied at 2-8-2021 01:10 PM
Macam seseorang dekat dalam forum ni.. tak boleh dijentik, kalau dia jentik orang takpe. Salah guna  ...

sempat je kan
Quote famri7 2-8-2021 01:46 PM
Dua2 pondan sentap sis. Kena potong kredit hidup merana mcm kena rogol..zassss cash.
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 02:11 PM
hahahahaha haaa pandai pulakkk ko sentappp ehhh kena tepek bayangan hitler
Quote VioletsAre_Blue 2-8-2021 03:11 PM
Selayaknya kena tampar hari tu
Quote sambaldurian 2-8-2021 03:18 PM
ak tgk Macron ni terus ak bayangkan , saspek peruntuh /pencaras rumahtangga. sbb bini dia cikgu sekolah dia, bini dia cerai ex-husband dia pastu kawin dgn dia. klu kertu lawa mcm Maria Farida xpe jgk, ni mcm errmm. x fhm taste org 'Padang Rengas' ni cmne
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 12:28 PM
pulak.. dah kenapa marah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.168833 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top