View: 1528|Reply: 9
|
Macron Hipokrit Pertahan Karikatur Hina Nabi, Bila Sendiri Kena Bahan Marah Pula
[Copy link]
|
|
Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilabel sebagai 'bapa segala hipokrit' kerana marah dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik syarikat pengiklanan yang menggambarkan beliau sebagai pemimpin Nazi, Adolf Hitler.
Tahun lalu, Macron mempertahankan tindakan majalah satira Charlie Hebdo menyiarkan karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.
Macron turut mengeluarkan kenyataan provokatif dan menegaskan rakyat berhak kepada kebebasan bersuara, biarpun ia perit untuk ditelan.
Ironinya, tindakan Macron menyaman Michle-Ange Flori, pemilik syarikat pengiklanan jalanan di Paris bercanggah dengan apa yang diperjuangkannya sebelum ini.
Laporan terbaharu di Perancis menyatakan, peguam peribadi Macron telah memfailkan saman terhadap Flori.
Sementara itu, parti pemerintah Republic on the Move (LREM) pimpinan Macron menyifatkan paparan pada papan iklan itu sebagai penghinaan awam.
Lapor media tempatan, Flori memasang papan iklan itu sebagai respons kepada rang undang-undang ketat yang diluluskan Parlimen pada bulan ini bertujuan mengekang penularan Covid-19.
Bagaimanapun, pengkritik menyifatkan peraturan itu sebagai mengongkong kebebasan sivil dan menuduh Macron bertindak seperti diktator.
"Macron berpihak kepada Charlie Hebdo (kes hina agama dan nabi) kononnya atas alasan kebebasan bersuara tetapi apabila beliau digambarkan sebagai diktator, senario berubah 360 darjah.
"Ia tiba-tiba sahaja menjadi perbuatan yang menyinggung perasaan dan kemudian tidak boleh diterima," ujar Flori.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Macam seseorang dekat dalam forum ni.. tak boleh dijentik, kalau dia jentik orang takpe. Salah guna kuasa kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 2-8-2021 01:10 PM
Macam seseorang dekat dalam forum ni.. tak boleh dijentik, kalau dia jentik orang takpe. Salah guna ...
Sape acehanded ke. Koh koh.. mmg laa marah dah hangpe jentik kote dia |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 2-8-2021 01:14 PM
Sape acehanded ke. Koh koh.. mmg laa marah dah hangpe jentik kote dia
Saiz micro je....no function |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha haaa pandai pulakkk ko sentappp ehhh kena tepek bayangan hitler |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya kena tampar hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
ak tgk Macron ni terus ak bayangkan , saspek peruntuh /pencaras rumahtangga. sbb bini dia cikgu sekolah dia, bini dia cerai ex-husband dia pastu kawin dgn dia. klu kertu lawa mcm Maria Farida xpe jgk, ni mcm errmm. x fhm taste org 'Padang Rengas' ni cmne |
|
|
|
|
|
|
| |
|