Pengacara program Islamik, Amin Idris tampil menegur orang ramai termasuk selebriti yang mendesak Ketua Pengarah Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah untuk letak jawatan. Amin menerusi Instagram berpesan supaya mana-mana pihak untuk sekurang-kurangnya berfikir terlebih dahulu mengenai tiga perkara sebelum menyatakan sesuatu.
“Pertama, jika letak jawatan, terjamin ada pengganti yang boleh buat kerja lebih baik, silakan mendesak. Realitinya, satu dunia mengalami kes mencanak kerana Varian Delta. Dan jika makin teruk, awak nak tanggung segala dosa? “Kedua, jangan semudah-mudahnya tuduh orang ejen Yahudi. Kalau tidak setuju, silakan mengkritik. Tapi kalau sampai tuduh ejen Yahudi, itu tuduhan berat. Dengan hanya bersandarkan gambar semata, belum cukup sebagai bukti utama nak tuduh orang. “Mohon rajin membaca. Ini bukan drama waktu petang. Realitinya, Rasulullah SAW pernah menerima hadiah daripada wanita Yahudi bernama Zainab Al Harith. Nak kata nabi ejen Yahudi?
“Ketiga, artis-artis dan selebriti lebih baik jaga diri elok-elok. Awak belum kena Covid-19, awak belum rasa derita sakit sengsara. Bantulah negara beri kesedaran tentang prosedur operasi standard (SOP) dan vaksin. Dekatkan diri dengan Tuhan. Bukan menghasut untuk tambah lagi masalah yang ada. Jangan main-main soal nyawa! “Ingat! ‘Kebebasan bersuara tidak menghalalkan kebebasan menghina,” ujar Amin dengan menyuntik petikan Riwayat Imam Muslim.
|
edayildiz replied at 29-7-2021 02:09 PM
i xtau nape i xberapa suka dia ni.poyo ke apa xtau..tp sesuatu menghalang utk i suka dia
mcm i ...
ajinomotonosuga replied at 29-7-2021 02:14 PM
Uke tu setad kazim elyas ke?
Ko tertawannnn MISAI dia ekkk
edayildiz replied at 29-7-2021 02:20 PM
bethol he la UkE
misai? he ada misai ke mslhnya haha..dia jambu..biasa la muka2 gini mmg da ...
ajinomotonosuga replied at 29-7-2021 02:25 PM
Ooo koo crush kat setad duke ekk..puppy love..pi laaa jadi bini nomo 4 sure dia mauu..mata diaaaa ...
edayildiz replied at 29-7-2021 02:27 PM
bluek..takdenya crush kt DUKE
kalau amin idrus tu logik la jgk..haih aji ni
JohnyEnglish replied at 29-7-2021 02:59 PM
elok la UKE tu pun ada kencing manis kan.biasa org ada kencing manis burung dia dh x berapa boleh ...
midori_katana replied at 29-7-2021 02:24 PM
amin tak gitau lagikan pendirian dia ttg atome tu... iols tertunggu2 juga kot heols nak kata sesuatu ...
abadi84 replied at 29-7-2021 03:14 PM
Mungkin dia masih tiada kata2 yg baik jadi lebih memilih untuk diam
ADVERTISEMENT