Satu keluarga digemparkan dengan tindakan seorang lelaki memecah masuk kediaman mereka, gara-gara terlupa mengunci pintu rumah. Namun, apa yang dilakukan oleh lelaki yang tidak dikenali itu lebih mengejutkan.
Seorang wanita berkongsi pengalaman itu di halaman Facebook Yeovil, dengan memuat naik gambar-gambar menunjukkan seorang lelaki sedang tidur di sofanya. Lelaki mabuk berkenaan bertindak muntah di lantai dapur dan membuang air besar DI dalam cerek. "Pada Ahad pagi sekitar pukul 5 pagi, anak perempuan saya turun ke tingkat bawah untuk menonton TV daripada mengejutkan kami.
"Bagaimanapun, dia segera naik ke tingkat atas semula dan memberitahu kami terdapat seorang lelaki sedang bercakap seorang diri. "Saya sangka ia sekadar imaginasi dia, saya minta dia kembali tidur," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun, dia terkejut menemui seorang lelaki di tingkat bawah ketika hendak membuat sarapan pada pukul 7 pagi. Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi, menerima lebih 2,000 tanda suka (likes) dan lebih 2,200 komen dalam masa dua hari. - CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
ADVERTISEMENT